Posting tentang sifat seorang perempuan yang setelah menjadi
seorang ibu selepas bersalin.
1.
Sifatnya akan menjadi hipersensistif dengan apa
yang berlaku pada sekeliling terutamanya pada anak2nya (bayi). Contoh yang
biasa akan didapati, si ibu akan alert ttg suasana sekeliling, kepanasan,
sejuk, dan lain2. Paling biasa yang akan didapati adalah seorang ibu akan
marah2,dan rasa annoying apabila ada nyamuk disekitar bayinya dan akan
menghalang nyamuk daripada menggigit/hinggap pada anaknya.
2.
Ini menunjukkan betapa tebalnya kasih sayang
seorang ibu kepada anaknya. Hatta sifatnya yang amat teliti dalam memastikan
anaknya mendapat keselesaan dan mendapat semua yang terbaik buat anaknya.
3.
Sifat yang lain adalah sifat pengorbanan yang sangat2 besar. Contoh paling
dekat dengan kita adalah dengan melihat ibu kita lakukan pada adik kita ataupun
mungkin jiran kita ada seorang ibu. Sanggup berjaga malam hari jika anaknya
menangis.dan Psstt.. seorang ibu tidak kenal rasa putus asa dan penat.
4.
Mekanisma hela bela diri seorang ibu dengan
orang lain akan shredded(terkikis ) sedikit demi sedikit apabila mempunyai
bayi@anak. Dia akan menjadi defensive apabila ia melibatkan anaknya. That’s
you’ll know about momma’s lion anger, when it cubs is disturbed.
5.
Perempuan yang mempunyai bayi@anak mempunyai
ikatan psikik and keserentakan dalam getaran jiwa. Contohnya si ibu tahu
bagaiamana dan bilamana anaknya lapar,bayi itu telah buang air nesar/kecil,
bayi itu lapar, bayi itu tidak selesa dan sebagainya. Seorang ibu dapat baca
dan kesan secara terus dan merasainya dan terus bertindakbalas berdasarkan
keadaan semasa bayinya itu.Ini power seorang ibu dengan anaknya. Ini jga ada
kaitan dengan detik hati seorang ibu dengan anaknya. Seriously?
6.
Maka sebab inilah dalam Islam, pekerjaan yang yang
paling terbaik dan mulia bagi seorang perempuan adalah sebagai seorang ibu
kepada anak2nya. Maka itulah seorang ibu paling terbaik bekerja di rumah.
Seorang suami boleh membenarkan isterinya untuk bekerja atau tidak bekerja
secara formal, tetapi bekerja menjaga anaknya. Ini adalah pekerjaan yg terbaik,
kerana ini tanggungjawab dan tugas yang besar. Ibu bapa yang akan mencorakkan
diri seseorang bayi@anak. Em em. Amacam? Careey?
7.
Sifat perempuan selepas melahirkan anak/lepas
mempunyai bayi adalah dia akan bersifat lebih regressif, lebih keanak2an, suka
bercakap seorang diri (sifat umum seorang perempuan), biasanya bercakap dengan
patung/teddy Bear. Di sini si ibu lebih suka untuk bercakap denagn bayi
walaupun bayi itu masiah kecil. Inilah kelebihan seorang perempuan. Si ibu akan
lebih bersifat galak (happy go lucky), dan mempunyai sedikit humor yang comel
apabila dilihat, dan ini cara si ibu berkomunikasi dan bercakap dengan anak.
Fenomena ini biasa dilihat dengan ini cara fitrah Allah berikan kepada
perempuan untuk menyalurkan perasaan dan pengekspresian dirinya dengan anak. Ini
apa yang tidak ada pada lelaki.
8.
Perempuan yang mempunyai anak@bayi amat sensitif
dengan suara bayi menangis, dia akan reflex dan bertindakbalas dengan suara
bayi itu, dia akan cuba untuk menenteramkan bayi itu, daripada terus menangis.
Hatta biarpun dia ibu itu belum makan, mahupun dia sedang penat, dia tidak akan
mengakui bahawa dia penat. Di sini adalah penunjuk bahawa betapa besarnya
pengorbanan seorang ibu hinggakan apa yang dialami dirinya tidak menjadi alasan
untuk terus berputus asa ataupun untuk berhenti dari menjaga anaknya. Jarang
kita dengar ibu mengeluh ttg ini. Si ibu akan mengeluh jika suaminya tidak
menyokong atau bersamanya. Bagi si ibu, Sokongan yang diperlukan adalah suami
berada di sisinya bersama dan mendengar apa yang diceritakan terutaamnya
tentang anak@bayinya. Itu amat2 dihargai dan disukai oleh seorang ibu.
9.
Si ibu akan mula alert dengan cara pemakanannya,
kerana bimbang apa yang dimakan, apabila anak@bayi menyusu ibunya. Apa yang
diminum bayi akan didapati dari susu ibunya. Pstt…. Kind of funny bila ada la,
dengar2 si ibu suka makan menda2 yang berbau seperti petai. Skrg, dia tidak
berani untuk makan petai kerana bayinya yang menyusu, semasa membersihkan dan
menukar diapers, terdapat bau petai. Hik3. Kind of funny, isn’t?
10.
Seorang
ibu biasanya adalah seorang yang penyabar,dan sangat2 suka akan meluangkan masa
bersama anaknya, ini adalah sebab mengapa perempuan ada bersifat keanak-anakan
seperti yangs aya nyatakan dalam entri posting blog yang saya sebelum ini.
Sesuai dengan ini kita lihat biasanya yang rapat dan bersama dengan anak2@bayi
adalah si ibu. Ada linking di situ. =). Inilah mengapa perempuan menjadi
ibu.
11.
Perempuan yang mempunyai bayi@anak, lebih mudah
untuk di regress. Denagn menggunakan pujian dan ganjaran dengan niat dan cara
pelaksanaan yang betul dapat membantu menyokong si ibu. Di sinilah si suami
berperanan, dalam membantu.
12.
Seorang perempuan mempunyai kuasa. He3. Macam
tidak percaya bukan, inilah sebenarnya. Seorang ibu itu mempunyai daya intuisi
yang kuat terutamanya dengan anaknya@bayinya. Di mana seorang ibu itu dapat
tahu apa yang anaknya rasakan dan dapat baca tingkahlaku anaknya, hatta dari
bunyi bayi itu menangis, ibu bayi itu dapat tahu dan dapat bezakan antara tanda2 bayi itu sedang lapar, baru saja buang
air besar, kepanasan, bosan, Wow! Memang wow-wy dan seorang ibu itu dapat tahu
dan teka dengan betul dengan intuisinya.
13.
Seorang ibu itu menjadi seorang pelawak dan
penghibur bagi bayi@anak2nya. Ibu itu suka dan suka untuk meng-“agoh” bayinya.
Donat tidak pasti apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan
dengan perkataan ini. Perkataan ini adalah dari dialek Kelantan yang lebih
kurang maksudnya perlakuan seseorang yang menggalak dan mengacah serta melayan
anak2 dengan mimik, dan ekspresi muka, bahasa gerak tubuh dan secara verbal,
terutamanya bayi dengan tujuan bermain2 dan membuatkan bayi itu tersenyum
mahupun ketawa dgn gembira. Dengan kata lain berdasarkan konteks ibu dan anak
adalah tindaktanduk dan perlakuan seorang ibu yang meng-“agoh” anaknya supaya
anaknya selalu gembira dan gembira. Apabila si ibu melakukan perbuatan
“meng-agoh” ini,si ibu kelihatan comel dan sesuai dengan perwatakan dan sifat
seorang perempuan yang keanak2an. Hik3 ada juga si ayah turut “meng-agoh” dan
di sini akan terlihat ke-comelan ekspresi muka si ayah yang tidak dapat dilihat
oleh orang lain.
14.