Tuesday, January 25, 2011

Manusia Pelik

Assalamualaikum. Hari ini doant ingin memberi sedikit pandangan tentang “manusia pelik”. Donat bertemu dengan ramai orang yang mengatakan bahawa si fulan dan fulan seorang yang pelik. Pelik juga donat tentang perkara ini. Mula2 tentang istilah manusia pelik. Ini mempunyai banyak tafsiran dan maksudnya, bergantung pada konteks masing2. Mungkin juga perkara atau perbuatan yang kita tidak biasa dengannya mungkin kita akan anggap ia pelik. Juga mungkin kerana kita masing2 berbeza antara satu sama lain. Dalam Al Quran ada menyebut tentang manusia diciptakan diciptakan berbeza.
Yang maksudnya, lebih kurang begini.
“telah diciptakan manusia itu berbagai bangsa agar saling berkenal-kenalan”
*sila rujuk semula Al Quran.tentang ayat ini.
Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.
“sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. (QS 95:4)

Manusia diciptakan berbeza-beza dan masing-masing ada keunikan tersendiri apabila kita tidak kenal dan fahami keunikan seseorang, maka berlakulah salah faham,tidak puas hati,dengki dan lain.

Kita hendaklah meraikan dan menerima perbezaan yang ada pada diri masing-masing. Maka peri pentingnya kita saling mengenali antara satu sama lain. Maka tips untuk hidup bahagia di dunia dan di akhirat adalah hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan hablumminannas (hubungan dengan manusia).

Sedikit peringatan buat diri ini dan semua.

1. Marilah kita jaga hubungan dengan Allah, Amar makruf nahi mungkar, ikut dan amalkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

2. Belajarlah dan kenali manusia, orang disekeliling kita, lagi baik kalau kiita dapat mengetahui perihal psikologi dan HUMAN BEHAVIOUR akan banyak membantu kita untuk lebih memahami dan akan membantu kita akan lebih menerima apa yang ada pada diri masing-masing. Serta cuba membaiki apa yang kekurangan.

3. Kenali diri anda agar memudahkan urusan anda di dunia ini.


Selamat kita beramal.

No comments:

Post a Comment