Hari ini donat ingin berkongsi pengalaman donat semasa bermalam selama 3 hari di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Bukit Pegoh, Melaka. Donat menegembara ke sana pada 24hh disember 2010, donat naik bas ke Melaka dari Kelantan. Hati ini sayu bertolak dari Kelantan untuk menghala ke Melaka atas jemputan untuk menziarahi rumah Anak2 yatim darul aitam yang merupakan keluarga angkat donat, yang kali terakhir donat menjejakkkan kaki di sini adalah pada tahun 2007, iaitu pada 4 tahun yang lepas.
Terubat rindu hati ini apa bila sampai sahaja di sana donat disambut dengan gembiranya oleh adik2 yang tinggal di sana, di mana mereka kebanyakkan anak2 yatim, yang kehilangan ibu@bapa@kedua2nya. Gembira donat rasa apa bila adik2 di sana gembira dengan kehadiran donat. Terdtik di hatiku , Ya allah aku bersyukur pada Mu kerana aku masih lagi mempunyai kedua ibubapaku yang masih hidup. sebak rasa hati terlintas fikiran tentang perkara ini.
Di sana donat berkenalan dengan adik2 yang di sana yang rata2 masih bersekolah rendah, darjah 2,3, 4 dan yang paling besar pun , tingkatan 5, baru habis SPM. Donat menemu ramah adik2 di sana tentang latar belakang mereka, ada 2,3 orang yang pada 4 tahun lepas masa donat datang, mereka ada, mereka masih ingatkan donat. Mereka hidup di sini dengan serba mencukupi. Alhamdulillah suka donat melihat mereka gembira bergelak ketawa. Sedikit pengenalan pada Rumah Anka2 yatim ini:
Nama: Rumah Anak2 Yatim Islam Darul Aitam, Bukit Pegoh
Lokasi: KM 12 Kampung Bukit Pegoh, Melaka.
Pengasas : Ustaz Datuk Haji Idris Al-Hafiz
Rumah ini di bawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka.
Di sini juga donat berjumpa dengan abang angkat donat, yang merupakan Imam Besar 2, Masjid Al-Azim, Melaka.
Sepanjang kembara donat ke sini banyak pengalaman dan pengajaran yang donat dapat, antaranya:
1. Kita patut rasa bersyukur atas nikmat kurniaan Allah terutamanya nikmat kehadiran ibu bapa kita yang masih di panjangkan umur untk bersama2 kita, bagi mereka yang masih ada.
2. Didikan kepada anak2 sangat penting, ibubapalah yang mendidik dan membentuk anak2, kerana anak2 di lahirkan secara fitrahnya, bersih dari dosa.
3. Suasana memainkan peranan yang sangat besar dalam mengembleng dan mempengaruhi kehidupan seesorang manusia terutama kanak2. Kanak2 yang tidak dibimbing akan membesar dengan tiada panduan, dari kedua ibubapanya, akan merasai kekurangan pada dirinya berbanding orang lain.
4. Kita sebagai bakal yang akan menjadi ibu2 dan bapa2 hendaklah bersedia dalam semua aspek terutamnya dari segi pengetahuan Agama Islam, ini kerana Islam agama yang syumul, di dalamnya ada manual dalam semua perkara termasuklah dalam mendidik anak2.
5. Apa yang dialami oleh anak2@kanak2 itu akan mempengaruhi masa depannya dan akan membentuk karekter mereka sama baik,atau sebaliknya.
Akhir sekali, teringat donat tentang satu hadis nabi Muhammada S.A.W. yang maksudnya lebih kurang begini.
“ sesiapa yang mengusap kepala seorang anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka Allah ampunkan dosa2nya.”
*kalau salah tolong betulkan.
Moga2 mereka tabah dan sabar dalam menempuhi hidup dunia yang penuh mencabar ini.
No comments:
Post a Comment