Salam sayang buat semua. Hari ini donat ingin berkongsi dengan anda semua tentang persediaan sebelum melangkah ke alam universiti. Diharapkan sedikit perkongsian inidapat membantu adik2 yang akan melangkah ke menara gading mahupun sesiapa yang berkenaan.
Di sini donat bahagikan pada 3 fasa, utuk memudahkan anda semua memahami apa yang cuba donat sampaikan.
FASA I
Pada masa ini, yang mana anda semua berada di Sekolah Menengah, Matrikulasi, dan lain2 yang sama waktu dengannya. Semasa fasa ini bila anda dapat infomasi tentang alam universiti.macamana keadaan, suasana yang seronok, bebas, dan impian dan apa yang dapat dicapai bila sudah melepasi universiti, dapat segulung ijazah, dapat pekerjaan yang bagus2, gaji yang tinggi, pangkat yang menggunung dan sebagainya. Ini adalah antara maklumat2 yang didengari dan diperolehi daripada beliau2 yang telah bergraduasi,yang telah bekerja dan guru. Tidak kurang juga ura2 orang mengatakan apa yang kurang menyenangkan apabila berada di alam universiti.Antaranya. banyak kumpulan ajaran di universiti, ramai yang gagal,susahnya nak hidup di tempat dan alam baru , belajar sudah dapat diploma dan ijazah sekalipun x mesti dapat kerja, berpuluh2 graduan lepasan universiti yang menganggur sahaja , dan lain2.
Ini semua menjadi motivasi dan kadang2 ia menjadi “hantu” yang menakutkan kita mendengarnya. Persediaan yang perlu dibuat oleh seorang yang bakal melangkah ke alam universiti:
1. Dapatkan infomasi sebanyak mungkin tentang jurusan dan universiti yang ada, di Malaysia. Banyakkan bertanya utk dapatkan maklumat serta buat carian internet.
2. Tanya diri anda, apa yang anda minati.Jumpa kaunselor atau yang dapat beri info tentang university, jurusan, university dan tentang pekerjaan. Buat ujian kerjaya utk tahu kecenderungan dan minat anda-utk disesuaikan dengan jurusan dan mungkin apa yang akan anda jalani pekerjaan kelak.
3. Pastikan niat dan mind-set anda betul serta baik dan sentiasa diperbaharui dan diperingatkan.
4. Persiapan diri anda.
i) Mantapkan dan perkayakan diri anda tentang ilmu agama Islam. Solat jangan tinggal. Amalkan ilmu yang anda pelajari dan jaga hubungan dengan Allah. Itu yang paling penting.
ii) Banyakkan pengetahuan tentang hidup di universiti,cara belajar yang berkesan, dan yang penting sekali CARA PENGURUSAN dalam aspek2 seperti pengurusan akademik, ,masa, kewangan, hidup. stres, membuat keputusan,adaptasi dengan suasana dan interaksi sosial dengan manusia yang lain.
iii) Kuatkan diri dengan ilmu2 dan berfikiran terbuka serta tetap pendirian dalam menghadapi sesuatu perkara. Peka dengan keadaan semasa..
Bersambung……………………….
•Movie yanag amat bagus dan direkomenkan oleh saya untuk anda2 yang bakal masuk ke menara gading adalah “3 Idiots” lakonan amir khan. Cari movie tersebut dan tonton, banyak infomasi yang sangat2 berguna serta pengajaran daripada movie itu.
No comments:
Post a Comment