Tuesday, July 19, 2011

Perempuan ada sifat keanak-anakan percaya atau tidak? Mahu bukti?

Perempuan ada sifat keanak-anakan percaya atau tidak? Mahu bukti?ini antara buktinya.

1. Perempuan apabila berkahwin dan mengandung, ruh anak dimasukkan ke dalam perut ibu, yang mengandung itu di mana si ibu akan rasa tidak selesa, ,mual mahu muntah, Pening kepala, ingin/mengidam makan sesuatu yang kadang-kadang idamkan makan pelik2 kadang2 tidak masuk akal. Di sini, penyerasian dan penyatuan ruh antara ibu dan anak berlaku. Atas asbab ini, perempuan akan ada sifat keanak-anakan . dan ini sebab mengapa perempuan yang menjadi ibu, bukannya lelaki.


2. Perempuan bersifat seperti anak-anakan, ini adalah sebab mengapa kaum Hawa ini , lebih mudah untuk mesra dengan anak-anak@kanak-kanak berbanding denagn kaum Adam. Benar atau tidak anda lihat sendiri.

3. Kaum Hawa, apabila mereka bermain-main dan mengacah menghiburkan anak2@kanak2, terutama dengan gaya dan riak wajah mereka, ia kelihatan comel dan sesuai dengan sifat keibuan yang secara fitrah ada pada kaum Hawa, ini, jika dibandingkan dengan kaum Adam yang cuba menghiburkan anak2, beliau akan kelihatan …… anda sendiri lihat dan letak perkataan yang sesuai.(Donat tidak tahu apa perkataan yang sesuai menjelaskannya).


4. Kaum Hawa juga seperti anak2 mereka suka untuk juga secara fitrah punya sifat suka bercakap dan berkongsi apa yang mereka tahu dan “EXPLORE” (terokai) sesuai dengan sifat masing2, ini sebabnya ibu dan anak mempunyai komunikasi yang lebih berkesan dan hubungan lebih rapat berbanding dengan lelaki@Bapa. Wow!!! Logika!!

5. Kaum hawa juga punyai kecenderungan dan suka pada perkara/barang2 yang cantik, seperti barang berharga, perhiasan dan lain2. Bagi anak2 pula, sama, sukakan juga perkara2 begini dan yang berwarna warni juga berharga, em em.. betul ke????


6. Kaum Hawa dan anak2 punyai persamaan yang sama dan ketara yang antara kedua2nya adalah cara mereka mengekspresikan apa yang dirasai atau cara menyalurkan perasaan mereka melalui cara yang kita tidak dapat difahami dengan mata kasar. Antaranya adalah dengan melalui lukisan, penulisan, penceritaan, sentuhan, mimik muka, perbuatan, dan sebagainya.

7. Disebalik ini, ada juga sedikit perbezaannya, anak2 tidak dapat mengawal (refleks) ekspresi perasaannya sebagai contoh , dimaklum oleh bapanya tentang akan dibawa pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah Lake Town Resort. Anak2 akan melompat kegembiraan. Dalam hal yang sama ,perempuan adakalanya dapat mengawal dan ada juga kadangkala perempuan tidak dapat mengawal perasaannya bilamana mendapat khabar sesuatu yang mengembirakan . sebagainya contoh apabila seorang perempuan itu mengetahui bahawa beliau dilamar untuk menjadi seorang lelaki. Boom bang boom. Cuba perhatikan realitinya….dalam TV pun ada.

8. Perempuan biasanya adalah seorang insan penyabar, tidak mudah menyimpan dendam dan lebih mudah untuk memaafkan/melupakan sesuatu perkara. Ini sama juga dengan anak2, mereka mudah untuk melupakan/tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku dan biasanya kaum Hawa dan anak2 akan melupakan/tidak ingat apa yang berlaku pada hari2 yang lepas, setelah bangun pagi keesokkan paginya melainkan perkara itu diungkit/disebut kembali.


9. Perempuan dan anak2 adalah seperti doh gandum roti yang putih, di mana keadaan sekeliling (suami,ibubapa, kawan2 dan orang di sekitar) yang banyak sangat mudah mempengaruhi dalam membentuk peribadi seorang wanita dan anak2. Dalam konteks wanita (isteri), suami membentuk sifat@perangai dalam menjalani kehidupan. Sama juga dalam konteks anak2, ibubapa adalah pengadun dan penguli doh dan menentukan anak2 akan jadi apa di masa hadapan. Jangan hairan jika perempuan mahupun anak2 jadi baik atau sebaliknya itu bergantung pada PEMBUAT ROTI. Yang mana satukah status kita? Soalan buat diri.


10. Lagi persamaan perempuan dan anak2 adalah mereka mudah terpesona, kagum, suka dan jatuh hati apabila melihat penampilan seseorang terutama seorang lelaki. Ini sifat fitrah yang Allah kurniakan pada mereka, dan ini asbab mengapa Allah jadikan mereka agar menjadi teman hidup di sisi seorang insan bernama lelaki. Amacam? Ada benar?

11. Dan lagi, seorang perempuan dan anak2 adalah seseorang yang ada “link” dengan perasaan merasai perasaan dan hati orang lain. Bagi perempuan inilah kelebihan yang Allah beri pada mereka untuk memahami dan menjadi seorang isteri yang baik kepada suami.dan ibu kepada anak2. Emem, buktinya, pernah lihat situasi ini?

Situasi 1

“ Seorang ibu sedang sedih,menitis air mata kerana mengadapi sesuatu masalah. Tanpa disedari si anak sedang melihat kejadian itu. Dengan tiba2, si anak datang mendekati ibunya dan memeluk/duduk di pangkuan riba si ibu. Si anak bertanyakan ibu apa yang berlaku, ”

Situasi 2

“Pada jam 5.30ptg kelihatan suami balik dari kerja, penat dan letih. Sampainya di rumah, kelihatan si isteri tunggu kepulangan beliau, menyambut dengan senyuman dan layanan mesra. Hilang penat si suami, si isteri penyejuk mata suami, pembantu dan teman setia seorang suami.”

Situasi 3
“Si ibu memerhatikan anaknya muram sahaja setelah pulang dari sekolah. Kelakuan anaknya itu lain , dari yang biasa. Maka si ibu, pun mendekati si anak dan denagn naluri fitrah seorang ibum si ibu bertanyakan pada anaknya, tentang apa yang dibuat hari ini, dan tentang masalah yang dihadapinya? ”

Macamana? Setuju atau tidak dengan apa yang disebut di atas? Jika ya, MOHON RESPON pada saya, di blog ini atau di Facebook saya. Terima kasih . akhir kata.=). Sama2 dengar Kuliah Ustaz Azhar Idrus:


Kata2 saya: “Lebih banyak kita belajar dan ambil tahu, lebih banyak kita tahu dan lebih mudah untuk kita menerimanya dan redho dengan apa yang berlaku dan seterusnya lebih kita mengenali dan mendapat redho Allah S.W.T. ”

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Banyak betul bukti2 yg dibawa oleh saudara DONAT ni (menarik nama pena). Setuju jugak la dgn point2 ni. Cumanya, sifat2 yg ada pada wanita seperti lembut (hati terutamanya), penyayang dan sebagainya itu bukan hanya dimiliki kaum hawa saja. Kaum adam pon ada. Cuma mgkin jarang2 diekspresikan. Nice entry! Keep it up! Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete