Thursday, December 20, 2012

Respon saya berkenaan video anak kecil dipukul seorang lelaki.


Respon saya tentang video [rujuk video di bawah] yang memaparkan seorang lelaki yang memukul anaknya yang masih kecil. Di sini, dilihat lelaki tersebut tanpa belas kasihan memukul bertalu-talu anak kecil itu. Sedikit respon dan tafsiran saya tentang kelakuan bapa ini, berdasarkan pengetahuan saya. Ini nampakan berdasarkan pengetahuan dan mata saya.



Di sini saya tuliskan beberapa tafsiran perkara yang terselindung disebalik kejadian ini.
Lelaki di dalam video ini memukul anak ini bertubi-tubi. Ini adalah antara sebab dan penerokaan minda (assumption) saya terhadap lelaki ini, bukan untuk menjadi judgemental. Antaranya:

1.                  Lelaki ini mungkin ada pengalaman dipukul semasa kecil oleh bapanya. Ini berdasarkan kelakuannya yang tanpa kasihan belas memukul anak tersebut walaupun masih kecil lagi. Manusia dilahirkan secara fitrah, dilahirkan ke dunia ini tanpa ada apa2 dosa. 


      Buktinya ketika bayi ini dilahirkan, ianya kecil dan tidak melakuakn apa2 perkara dosa. Tidak pernah kita Nampak, satu2 kelahiran, selesai sahaja seorang bayi keluar dari rahim ibunya, terus bayi itu melompat dan  berlagak samseng/gengster lalu memukul orang disekelilingnya, tikam orang dan sebagainya. Tidak logikal.

Ini juga menjadi bukti bahawa ibubapalah yang mencorakkan hidup dan tingkah laku anak2. Anak2 akan mengikut perangai dan apa yang ada disekeklingnya , seperti keluarga, di rumah, masyarakat, dan sebagainya. Bayi itu tiada dosa dan dia mempelajari apa yang ada disekelilingnya dalam proses perkembangan dan  pembesarannya.
  
           Manusia juga ada kecenderungan untuk bertindakbalas seperti SPRING, di mana jika diperlakukan atau dipukul, dia akan melakukan semula pada orang lain.  Ini adalah manusia ingin orang lain merasai keperitan atau apa sahaja yang dialaminya itu dirasai oleh orang lain disekelilingnya.

2.      Kemungkinnan semasa hari kejadian lelaki itu tertalu stress dengan masalah di tempat kerja atau dalam hidupnya maka dia tidak dapat mengawal dan menguruskan kemarahannnya lalu disalurkan kepada anak2 melalui memukul anak2.



Ini bagi donat ia adalah sangat2 jahat dan tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal oleh seorang mansuia yang melakukan sedemikian. Walaupun marah sekalipun seorang manusia yang normal akan rasa kasihkan dan kasihan pada kanak-kanak dan apatah lagi anak2 kecil yang menjadi darah dagingnya. Ini memang tidak wajar dilakukan.

3.       Lelaki ini ada juga kemungkinan menghidap sakit mental, ada masalah dengan mentalnya , mungkin kesan daripada hidup lampaunya semasa kecil dan seterusnya semasa perkembangan. Tidak dinafikan, lelaki ini bertindak ganas dan tanpa menunjukkan belas kasihan pada anak itu.




4.       
      Lelaki ini berbangsa India. Saya di sini bukannya ingin menyentuh sensitiviti bangsa, peranan bangsa juga ada memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku manusia dari segi budaya, cara hidup, pemikiran, nilai dan sebagainya yang berbeza. Setahu saya , berdasarkan pengalaman saya, setiap bangsa akan tahap temperament masing2. Maka di sini dilihat ada juga peranan bangsa dan budaya hidup dalam mempengaruhi seseorang menjadi agresif atau tidak. Terdapat juga faktor2 lain yang bersama menyumbang kepada keagresifan.

(Concised Oxford English Dictionary 11th Ed)

temperament
n          noun
1          a person's nature with regard to the effect it has on their behaviour.
2          the adjustment of intervals in tuning a piano or other musical instrument so as to fit the scale for use in different keys. Ø(equal temperament) an adjustment in which the twelve semitones are equal intervals.

5.                        Kemungkinan yang lain, lelaki ini adalah bapa tiri. Anak tersebut mungkin anak tiri lelaki itu, mungkin itu salah satu mengapa lelaki itu tidak memukul tanpa rasa bersalah. Kemungkinan lain adalah anak itu adalah anak yang dilahirkan luar nikah/tidak dijangka. Contoh seperti hasil perhubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang tidak menikah (zina), Ada juga kes anak yang dilahirkan di luar nikah,  dan ibunya masih menjaganya dan membesarkannya. 
                     
               Di sini, akan nampak penolakan lelaki terhadap tanggungjawab yang tidak diundang dan dirancang maka situasi begini mungkin juga menyebabkan perkara sebegini (seperti dalam video) berlaku.



Berbalik pula kepada anak kecil yang dipukul. Ada banyak kesan negatif antaranya:
1.       Perkembangan mental anak ini akan terbantut dan mengalami amsalah. Ada juga risiko terdedahnya kepada sakit mental .

2.       Personaliti dan karektor anak ini apabila besar nanti akan menjadi seorang yang pendiam, pendendam, agresif, kurang bersosial dan mudah bergaduh, cepat marah dan lain2.
3.       Anak kecil yang tidak berdosa ini akan mengalami trauma dan akan menghadapi masalah  dengan lelaki kesan dari dipukul oleh ayahnya.

              Di sini, anak ini apabila membesar, akan cenderung untuk terlibat dengan perkara2 negatif seperti penagihan dadah, curi, rompak dan alin2.
4.       Anak ini secara umumnya akan cenderung untuk mempunyai self-esteem diri yang rendah dan pessisimis (berfikiran negatif).

     
      Di dalam ini, kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada mereka dan punca sebenar berlakunya sebegini. Apa yang dinyatakan di atas hanya kemungkinan yang dapat saya terokai dan kebarangkalian sahaja. Mungkin sahaja apa yang dinyatakan di atas tidak sama dengan seperti yang di nyatakan kerana ini tertakluk pada keadaan sebenar lelaki itu. Ini hanya kemungkin yang akan berlaku berdasarkan Nampakan mata dan pengetahuan saya. 
              
      Yang baik dijadikan tauladan, yang jahat di jadikan sempadan. setelah diketahui tentang baik dan buruk, buatlah pilihan yang baik kerana setiap apa yang kita buat akan ditanya oleh Allah S.W.T. kelak, atas apa yang dilakukan dan tanggungjawab yang kita pikul, adakah dijalankan dengan adil atau tidak. 

                 Terima kasih kerana sudi membaca dan segala tulisan dia tas tidak bermaksud untuk menunding dan menyakiti2 mana2 pihak, ini hanya pandangan saya sebagai kaunselor pelatih.mengaplikasikan kemahiran meneroka masalah. Mohon maaf andai ada yang kurang selesa tentang apa yang ditulis. 

     Terima kasih kerana sudi membaca posting di blog ini. =). 

No comments:

Post a Comment