Friday, May 13, 2011

Ilmu Wajib bagi Lelaki dan Perempuan Yang Baligh

ALLAH Ta'ala berfirman:
"Perintahlah! keluargamu untuk melakukan solat."

Dosa suami yang terbesar di hadapan ALLAH
Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:
' Tidak ada seseorang yang menjumpai ALLAH S.W.T dengan membawa dosa yang
lebih besar daripada seorang suami yang masa bodoh terhadap keluarganya.'
Alhamdulillah,tutup bab tanggungjwb suami.



Insya ALLAH akn bersambg dgn tanggungjwb isteri plak.
2. Kewajipan isteri terhadap suami
Siapa Dia Wanita Solehah?
ALLAH Ta'ala berfirman:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan
sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana
mereka(lelaki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh
ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya,
oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri
nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, dan
pukullah mereka; Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari
jalan untuk menyusahkannya."
Jalan-jalan bagi isteri untuk ke syurga
Nabi S.A.W bersabda:
'Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya rela terhadap
kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.'
Nabi S.A.W bersabda:
'Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa sebulan penuh
Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan
kepadanya "masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki."
Pahala isteri yang seimbang dengan perang sabil
Datanglah seorang perempuan kehadapan Nabi S.A.W lalu berkata:
'Hai Rasulullah S.A.W! saya adalah delegasi kaum wanita untuk menghadap paduka
(untuk menanyakan kepada paduka tentang perang). Perang ini diwajibkan oleh
ALLAH hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala
dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup di sisi ALLAH, lagi dicukupkan rezeki
(dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum perempuan selalu melakukan
kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan
mereka) lalu apakah kami bisa ikut memperoleh pahala perang itu?'
Maka Rasulullah bersabda:
' Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu jumpai bahawasanya
taatnya kepada suami dengan penuh kesedarannya, maka pahalanya seimbang
dengan pahalanya perang membela agama ALLAH. Tetapi sedikit sekali dari kamu
sekalian yang mahu menjalankannya.'
Insya ALLAH akn bersambung.
Sifat-sifat yang buruk bagi suami tetapi baik bagi isteri
Ali R.A berkata:
' Sejelek-jelek sifat bagi kaum lelaki itu adalah sebaik-baiknya sifat bagi kaum
perempuan iaitu kikir dan bersikap keras dan takut. Kerana sesungguhnya
perempuan itu jika kikir, maka ia memelihara harta suaminya dan jika bersikap
keras, maka ia menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan
yang halus (mesra) yang menimbulkan sangkaan yang jelek, dan jika penakut, maka
ia takut dari segala sesuatu. Oleh kerana itu ia tidak berani keluar dari rumahnya
dan ia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang jelek kerana
takut kepada suaminya.'
Kebebasan isteri terikat kepada keizinan suami
Dianjurkan bagi seorang isteri agar mengetahui (kedudukan dirinya) bahawa dirinya
itu diumpamakan sebagai budak perempuan yang dimiliki suaminya dan
diumpamakan sebagai tawanan yang lemah. Oleh kerana itu dia tidak boleh
menjalan sedikitpun dari harta suaminya, bahkan segolongan dari ulama'
berpendapat: sesungguhnya seorang isteri itu tidak boleh menjalankan hartanya
(sendiri) juga, kecuali dengan seizin suaminya kerana ia diumpamakan sebagai
orang yang terikat.


16 kewajipan isteri kepada suaminya
Wajib bagi seorang isteri:
1. senantiasa malu terhadap suaminya.
2. menutup penglihatannya di hadapan suaminya.
3. mentaati perintah suaminya.
4. diam ketika suaminya sedang berbicara.
5. berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar.
6. menyodorkan dirinya kepada suaminya (ketika hendak tidur).
7. memakai wangi-wangian.
8. memelihara mulutnya dengan minyak misik dan wangi wangian.
9. senantiasa berhias di hadapan suaminya.
10. tidak berhias ketika suami tidak ada.
11. tidak berkhianat kepada suaminya ketika tidak ada di dalam tempat tidurnya dan
di dalam hartanya.
12. menghormati keluarga suami dan para kerabatnya.
13. merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya.
14. tidak mencegah dirinya (jika diajak sanggama oleh suami), biarpun berada dipunggung unta.
15. tidak boleh menjalankan puasa sunat kecuali dengan seizin suaminya.
16. tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan seizin suaminya. Kalau seorang
isteri berbuat (keluar dari rumah tanpa seizin suaminya), maka ia dilaknati oleh
malaikat hingga ia bertaubat atau kembali biarpun suami sengaja menganiaya di
dalam melarang isterinya keluar.
Ganjaran isteri yang berbakti kepada suaminya.
Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda:
' Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada
suaminya, iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia
sentiasa dalam kerelaan suaminya.'
Ganjaran isteri yang mendurhakai suaminya.
Dan siapa saja seorang isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia
mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua manusia.
Isteri yang kena laknat Allah.
Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka ia dalam
kemurkaan ALLAH hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada
suaminya dan mohon kerelaannya.
Siapa saja seorang isteri keluar dari rumahnya tanpa seizin suaminya, maka ia
dilaknati oleh malaikat hingga ia kembali.
Aisyah R.A berkata:
' Wahai kaum wanita! seandainya kamu mengerti kewajipanmu terhadap suamimu,
tentu seorang isteri dari kamu bertindak mengusap debu dari kedua telapak kaki
suaminya dengan sebahagian mukanya.'
Insya ALLAH akn bsambung.
Off topic jap, seriously sy mngesyorkn para muslimah yg bkal mnjadi ibu utk sndiri
mndidik anak2 di rumah especially babies n toddlers..kalo xde msalah jgnlh hantar
kpd nursery, kasihanilh baby tu yg perlukn emotional security drectly from
mom...our feelg toward our children xsame dgn feelg org yg jga anak2 kta (pnjaga
ad objktif nk dcapai-gaji)...babies bkn ad special sign language yg dia dpt buat utk
inform parent dia ap yg blaku di nursery tu..maaf ye, ini bkn tduhan, tetapi knyataan
as i spent da whole day at nursery today!!!!
utk bkal bapa plak, plz ask ur bloved wife utk take care of ur child at home..bnyak
pahalanya...bonding btween mom n baby will dvelop very well...believe me..bside all
of us kn tahu yg thap umur spt babies n toddlers ni sbnarnya lebih memerlukn
didikan emosi (selit2kn ilmu mngenal ALLAH & Rasulullah S.A.W) berbanding dr
aspek ln..jgn sia2kn pluang anda utk mnjadi ibu n bapa mithali...
tidak dapat melihatnya
Rasulullah S.A.W bersabda:
'ALLAH melaknati orang yang memandang dan orang yang dipandang. Tidak boleh
bagi seorang wanita yang beriman kepada ALLAH menampakkan dirinya di hadapan
setiap lelaki lain yakni yang bukan suaminya dan bukan keluarganya dari satu
keturunan atau dari satu susuan.
Dan tidak boleh bagi seorang lelaki memandang kepada perempuan dan juga tidak
boleh bagi perempuan kepada lelaki dan tidak boleh bersentuhan dengan berjabat
tangan atau dengan jalan tukar menukar barang dan lain sebagainya.'
Lebih baik memahat kepala dari menyentuh wanita bukan muhrim.
Ath-Thobaroniy menceritakan di dalam kitab Al-Kabir dari Mak'qil bin Yasar:
'Sungguh kalau ditusuk pada kepalanya seorang dari kamu sekalian dengan jarum
besi, itu akan lebih baik daripada ia menyentuh perempuan yang tidak halal
baginya.'
Bersesak-sesak dengan babi lebih baik daripada bersesak-sesak dengan wanita
bukan muhrim.
Rasulullah s.a.w bersabda:
'Jauhkanlah dirimu bersepi-sepi dengan wanita-wanita, maka demi Tuhan yang diriku
di tangan-Nya, tidaklah ada seorang laki-laki yang bersepi-sepi dengan perempuan
kecuali syaitan masuk di antara mereka berdua (untuk menggodanya) dan sungguh
kalau seorang laki-laki berdesak-desak dengan babi yang dicoreng-coreng dengan
tanah liat atau tanah hitam yang busuk itu lebih baik baginya daripada siku-sikunya
berdesak-desakan dengan siku-siku perempuan yang tidak halal.'
Wajib bagi perempuan jika hendak keluar dari rumah agar menutup semua tubuhnya
dan kedua tangannya dari pandangan mata pemandang.
Perbuatan yang terbaik bagi suami isteri.


Rasulullah s.a.w bersabda:
'Dipastikan bagi anak Adam mendapat bahagian dosa proses-proses terjadinya
berzina yang demikian itu dicapainya dengan pasti. Oleh kerana itu kedua mata itu
perbuatan zinanya adalah memandang (kepada apa yang tidak dihalalkan), kedua
telinga itu perbuatan zinanya adalah mendengar (apa yang tidak dibenarkan
menurut agama), mulut itu perbuatan zinanya adalah berbicara(pada apa yang tidak
berguna untuk dunia mahupun akhirat), tangan itu perbuatan zinanya adalah
memukul, kaki itu perbuatan zinanya adalah melangkah menuju tempat yang tidak
dihalalkan dan hati itu perbuatan zinanya adalah berangan-angan untuk melakukan
sesuatu yang tidak dihalalkan, baik kemaluan itu membenarkannya atau
membohonginya.'
Rasulullah s.a.w bertanya kepada puterinya yang bernama Fathimah r.a:
'Apa saja yang terbaik bagi seorang wanita?'
Dia(Fathimah) menjawab:
'Seorang wanita tidak melihat seorang lelaki dan seorang lelaki tidak melihatnya.'
lalu Baginda s.a.w memeluknya dan bersabda:
'Keturunan itu ada hubungannya satu sama lainnya.'
kemudian Baginda menganggap baik atas ucapan Fathimah tadi.
Siapa dia wanita pelacur?
Ketahuilah bahawa sudah biasa bagi kaum wanita pada zaman sekarang ini
menampakkan perhiasannya dan menunjukkan kecantikannya , sedikit rasa
malunya, berjalan dengan gaya yang dibuat-buat pada tempat pertemuan kaum
lelaki atau di pasar-pasar dan di masjid-masjid berada di tengah-tengah barisan-
barisan (solat) khususnya di waktu siang dan kalau ia berjalan di waktu malam,
maka berjalan di dekat sinar untuk memperlihatkan perhiasannya dan kecantikannya
kepada manusia lain.
Jika seorang perempuan telah menjalankan tiga perkara dengan terang-terangan,
maka ia disebut pelacur, iaitu:
1.Keluar di waktu siang dengan menampakkan perhiasannya dan menunjukkan
kecantikannya.
2.Memandang kepada lain-lain.
3.Mengeraskan suaranya sekira dapat didengar oleh lelaki lain. Biarpun ia adalah
seorang yang baik (solehah), kerana ia telah menyerupakan dirinya dengan seorang
pelacur. Dan kerana itu Nabi s.a.w bersabda: 'Barangsiapa menyerupai satu kaum,
maka ia termasuk golongan mereka.'
Sungguh-sungguh aku bersuci tangan.
Mengapa seorang wanita pemalu dan beragama rela dengan sebutan nama ini
(pelacur) atas dirinya.
Oleh kerana itu bagi suami yang takut kepada ALLAH dan Rasulnya dan yang
mempunyai harga diri, hendaklah mencegah isterinya keluar dari rumahnya dengan
memperlihatkan perhiasannya dan menunjukkan kecantikannya.
Dan hendaklah suami sungguh-sungguh menjaganya khususnya pada zaman ini; dan
suami tidak boleh lengah di dalam menjaganya dari suatu hal yang bisa diatasi dan
suami tidak boleh mengizinkan isterinya keluar kecuali di waktu malam disertai
keluarga atau perempuan-perempuan yang bisa dipercayai. Tidaklah cukup seorang
budak untuk menghantarkannya, sekiranya kalau tidak disertai oleh perempuan-
perempuan yang bisa dipercaya. Kerana budak yang bisa dipercaya itu jarang sekali
ada, dan jika demikian itu keadaannya, maka seorang budak dan pengangsu air di
larang masuk di rumahnya wanita-wanita kalau masing-masing dari mereka berdua
(budak atau pengangsu air dan perempuan) telah berumur lima belas tahun, kerana
biasa terjadinya fitnah adalah sebab mereka (budak dan pengangsu), sedangkan
menjaga keturunan itu termasuk urusan yang sangat penting.
Suami yang tidak cemburu akan terbalik hatinya.
Di dalam kitab Al-Ihya' Nabi s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya aku adalah seorang yang banyak cemburu dan tidak ada seorang
yang tidak cemburu kecuali ia telah terbalik hatinya.'
Ali r.a berkata:
'Apakah kamu tidak merasa malu dan apakah kamu cemburu bahawa seorang dari
kamu membiarkan isterinya keluar melewati kaum lelaki, ia memandang kepada
mereka dan mereka balas memandang kepadanya.'
Adab bagi isteri keluar berziarah.
Adapun yang terjadi pada zaman sekarang ini ialah jika seorang wanita keluar dari
rumahnya, maka orang laki-laki ini telah memberi isyarat dengan matanya dan orang
laki-laki ini telah menyentuh dengan tangannya dan orang laki-laki ini mengajak
berbicara dengan pembicaraan yang jelek serta tidak diredhai oleh orang yang
beragama kepada keluarganya dan tidak diredhai oleh seorang wanita yang baik
terhadap dirinya.
Ahmad bin Hajar berkata:
'Jika seorang perempuan terpaksa keluar untuk menjenguk ayah, maka (bolehlah) ia
keluar tapi seizin suaminya serta tidak memperlihatkan perhiasannya dan tidak
menunjukkan kecantikannya iaitu memakai kudung yang kotor dan pakaian sehari-
hari dan ia harus menundukkan penglihatannya di waktu berjalan dan tidak melihat
kekanan atau kekiri. Kalau dia tidak melakukan demikian itu, maka ia berdosa.'
Kisah seorang wali wanita yang kematian suaminya.
Diceritakan bahawa ketika mati suami seorang wali wanita bernama Rabiah Al-
Bashriyyah r.a maka Hassan Al-Bashri serta teman-temannya minta izin untuk masuk
ke rumahnya, maka beliau mengizinkan mereka untuk masuk dan beliau
menguraikan tabir dan beliau duduk di belakang tabir. Kemudian Hassan Al-Bashri
dan teman-temannya berkata: Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka
pilihlah dari para zahid ini (pembenci dunia) siapa yang kamu kehendaki.
Beliau berkata: Ya (aku terima) dengan senang hati dan penuh penghargaan tapi
aku mau bertanya kepadamu sekalian, siapakah yang paling pandai di antara kamu
sekalian hingga aku akan mengahwinkannya kepada diriku?
Mereka berkata: Hassan Al-Bashri r.a,
Kemudian beliau berkata: Kalau engkau dapat memberi jawapan kepadaku mengenai
empat pertanyaan, maka aku bersedia menjadi isterimulah.
Hassan Al-Bashri berkata: Tanyakanlah kepadaku, kalau ALLAH memberi pertolongan
padaku untuk bisa menjawab, maka aku beri jawapan pertanyaanmu.
Kemudian beliau berkata: Bagaimana jawapanmu kalau aku mati, maka aku keluar
dari alam dunia dalam keadaan muslim atau kafirkah?
Maka Hassan menjawab: Ini adalah barang yang samar (tidak ada yang
mengetahuinya kecuali ALLAH)
Lalu beliau berkata: Bagaimana jawapanmu ketika aku diletakkan di tempat
penguburanku dan aku ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir apakah aku bisa
menjawab pertanyaan mereka berdua atau tidak?
Maka Hassan menjawab: Ini juga barang samar
Kemudian beliau berkata: Tatkala manusia digiring pada hari kiamat dan bertebaran
catatan-catatan amal manusia lantas sebahagian mereka diberi catatan amal dengan
tangan kanannya dan sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kirinya.
Apakah aku diberi catatan amalku dengan tangan kananku atau tangan kiriku?
4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:-
-Memberikan didikan agama yang sempurna
-Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
-Memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan
maksiat/kesalahan
-Bila memukul jangan sampai cacat (melampau)


5. Beri nasihat jika isteri gemar mengumpat , berleter serta melakukan sesuatu yang
bersalahan dengan perintah agama.
8. 8 Tanggungjawab Isteri
1. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali
yang ditegah oleh agama.
2. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja.
3. Sentiasa menjaga diri dan rumahtangga.
4. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal kebajikan.
5. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
6. Segala laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
7. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama
selepas sembahyangnya.
8. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan, serta mengikuti majlis-majlis agama dll.
9. Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Wanita.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya: 'Kebanyakan wanita itu adalah isi
neraka dan kayu apinya'. Saidatina Aisyah bertanya: 'Mengapa wahai Rasulullah?'.
Jawab Rasulullah S.A.W:
1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayan suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
2. Tiada memuji (bersyukur/berterima kasih) di atas kemurahan ALLAH yang
didatangkannya melalui suaminya. (Jarang orang perempuan yang mahu
mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)



3. Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat ALLAH contohnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan 'sudah 10 tahun saya kahwin dengan awak tak ada apa-apa pun!'
4. Gemar bercakap tentang perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya
bercakap tentang perabot-perabot rumah dan mengumpat.
5. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka
sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam
sekeliling dan suasana serta kemewahan-kemewahan lahir.
10. 10 Sifat Suami Yang Soleh.
1. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya.
2. Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah makan
minum pakai tempat tinggal serta perabot anak isteri.
3. Kasih sayang, mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka.
4. Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah (pengaduan) serta bertindak segera
tanpa usul selidik dahulu.
5. Tidak gemar memandang perempuan-perempuan yang lain.
6. Tidak gemar bergaul dengan perempuan-perempuan yang lain.
7. Tidak minum arak, berjudi, merokok dan tidak suka buang masa dengan kerja sia-sia.
8. Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak isteri.
9. Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
10. Cemburu dalam hal-hal yang mendatangkan maksiat terhadap dirinya, anak dan isterinya.
Kata-kata penutup:
i. Jadikanlah dirimu itu anak yang soleh, suami yang soleh dan orang yang soleh.
ii. Didiklah anak-anakmu agar ianya menjadi anak yang soleh atau solehah.
iii. Didiklah isterimu itu agar menjadi isteri yang solehah.
11. 10 Sebab Isteri Mendurhaka Kepada Suami.
1. Bila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. 'Apabila suami memanggil isterinya
ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke
subuh' (HR Bukhari-Muslim)
2. Membantah suruhan/perintah suami. 'Siapa sahaja isteri yang tidak berbakti
kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua
manusia' (Hadith)
3. Masam muka terhadap suami. 'Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia di dalam kemurkaan ALLAH hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya' (Hadith)
4. Jahat lidah/mulut terhadap suami. 'Dan ada 4 golongan wanita yang akan
dimasukkan ke dalam neraka (di antaranya) ialah wanita yang kotor/jahat lidahnya
terhadap suaminya' (Hadith)
5. Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuan suaminya.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. 'Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya
tanpa izin suaminya ia akan dilaknat oleh malaikat hingga ia kembali' (Hadith)
7. Berhias ketika suaminya tiada disampingnya. 'Janganlah perempuan-perempuan
itu menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya' (Surah An-Nur:31)
8. Menghina pengorbanan suaminya. 'ALLAH tidak akan memandang (benci) mana-
mana perempuan yang tidak berterima kasih di atas pengorbanan suaminya
sedangkan dia masih perlukan suaminya.'
9. Membenarkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya ke rumah. 'Jangan
benarkan masuk ke rumahnya melainkan yang diizinkan oleh suaminya.' (Hadith)
10. Tidak mahu menerima dan tunjuk ajar dari suaminya.
Ganjaran Pahala Bagi Isteri Yang Hamil, Menyusukan Anaknya Dan
Menjaganya Dimasa Kesakitan.
Nabi S.A.W bersabda:
Apakah redha hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil
dari suaminya yang telah dinikah dengan halal (menurut syariat Islam) si suami
redha kepadanya kerana ia selalu ta'at kepada suaminya, ALLAH memberikan pahala
kepadanya sebagaimana pahalanya orang yang puasa fisabilillah. Bila ia merasa akan
melahirkan anak (mengejan), maka ia mendapat pahala yang banyak sekali
sehingga manusia tidak mengerti seberapa banyaknya pahala itu. Bila telah lahir lalu
disusui ibunya setiap satu tegukan (sedutan) dari susu itu ALLAH memberi pahala
satu kebaikan. Bila si ibu semalaman tidak tidur (karipan=jawa) dan memelihara
anaknya sakit, maka ALLAH memberi pahala seperti memerdekakan 70 budak dalam
sabilillah dengan ikhlas. (HR Al-Hasan bin Shofwan, Thobroni dan Ibnu Assakir dan
Salamah yang menyusui Saidina Ibrahim putra daripada Rasulullah).
Beberapa Amalan Isteri Untuk Mendapat Keredhaan Suaminya.
1. Mengekalkan sifat malu terhadap suaminya.
2. Menundukkan pandangannya di depan suami.
3. Diam ketika suaminya berbicara.
4. Bangun menghormati suami ketika ia pulang.
5. Sentiasa mengenangkan jasanya walaupun kecil.
6. Menghormati kepada keluarga suaminya.
7. Sentiasa dalam kebersihan disamping suami.

Alhamdulillah. Tamat......

No comments:

Post a Comment