Checklist persediaan untuk berkahwin.
1. Suami: Kurangkan dosa kerana apabila berkahwin anda akan membebani dan memikul dosa anda, isteri anda ada juga anak2 anda nanti.
2. Sentiasa meperbaiki diri dengan cepat dari masa ke masa dan lengkapkan diri dengan ilmu agama Islam dan ilmu kemahiran hidup.
3. Sentiasa bersihkan hati dan tinggalkan segala tabiat yang tidak baik pada diri anda.
4. Yang paling utama wajib solat dan tahu tentang Islam dan sekurang2nya mengamalkan semaksima mungkin apa yang dipelajari
5. Jangan ulangi atau buat perkara@apa saja yang orang lain buat pada anda. Sebagai contoh, jika dulu bapa anda ada memukul anda,berkelakuan ganas terhadap anda semasa anda kecil , jangan buat perkara yang sama pada anak anda. Biasanya 99.9999% orang yang diperlakukan tidak baik ke atasnya akan terlintas, cuba@buat perkara yang sama pada orang lain terutama pada orang dibawah kuasanya.
6. Kena bersikap dan bersifat MATANG dalam setiap aspek. Matang (mature) adalah sesuatu yag kompleks yang susah untuk diukur.Ini adalah method@pendekatan pada PANDANGAN saya berdasarkan ReAD (Research, Analyse, Discover) di mana ada beberapa kayu ukur yang boleh dipakai untuk mengetahui tahap kematangan seseorang manusia.
i. Pemikiran- kesedaran terhadap tanggungjawab yang ditanggung dan akan dibebankan ke atasnya dan dapat berfikir dengan rasional, kritis dan tuntas dalam menyelesaikan sesuatu isu/masalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
ii. Diri- Kuat mental dan fizikal di samping sangat taqarrub dan akrab dengan Allah S.W.T. serta sentiasa bergantung/berharap/tawakkal pada Allah dalam membuat keputusan.
iii. Orang yang matang adalah orang yang dapat mengadaptasi dirinya dengan suasana,orang,sekitaran dan lain dengan baik dan merespon pada semua ini dengan terbaik dengan kapasiti yang Allah berikan.
iv. Redha dengan Allah, dengan orang lain. terima orang lain seadanya serta bersangka baik dengan orang lain. Dan berani dan berkeyakinan dalam membuat keputusan dan berubah dalam mana situasi memerlukannya walaupun memerlukan pengorbanan dari semua sudut termasuk rasa/perasaan diri sendiri.
v. Seorang lelaki yang matang adalah orang yang berdisiplin dan sabar dalam keadaaan marah. Ini salah satu kayu ukur kematangan seorang lelaki. Buat suami yang panas baran, kurang2kanlah panas baran anda, kerana perempuan biasanya akan tertarik pada ketegasan-bersifat kepimpinan tapi tidak pada Ke-baran-an anda. perempuan sangat tidak suka dan sangat tidak menghargainya.
vi. Seorang lelaki yang matang adalah seorang yang amat penyayang dan baik pada semua orang dan makhluk2 Allah yang lain terutama pada kanak2@anak2 kecil dan sikap prihatin dan ambil berat pada orang lain. Allah bagi kelebihan pada perempuan untuk melihat menerobos atau dapat membaca isi hati seorang lelaki.Buktinya orang perempuan dikurniakan EMOSI, subhanallah. Xpercaya? cubalah atau buleh buat eksperimen boleh tanya pada ibu anda, biasanya seorang ibu dapat membaca perwatakan dan isi hati seorang lelaki . Beliau dapat mengagak/membaca gerak geri@isi hati seorang lelaki berdasarkan penglihatannya pada seseorang lelaki. Ini cara yang dilakukan oleh ibu2@pengantara (biasanya orang yag lebih tua) untuk melihat perwatakan seseorang lelaki itu baik atau lebih baik apabila majlis merisik/menerima pinangan dari pihak lelaki.
vii. Seoang lelaki yang matang adalah seorang yang sentiasa belajar tentang sesuatu seraya dengan waktu berlalu hatta sedikit.
viii. Lelaki yang matang biasanya tidak mengungkit/menyebut keburukan orang lain dan sentiasa menyebut2 dan ingat keburukan diri serta memperbaikinya dari masa ke masa. Dalam mindanya ada mesin2 yang berlari-larian memikirkan cara menyelesaikan sesuatu masalah.
ix. Seorang lelaki yang matang biasanya mempunyai ciri kepimpinan dan mempunyai sifat2 kebapaan (father intuition/characteristics) yang mana dimiliki kebanyakan lelaki yang sudah menjadi bapa pada anak2. Percaya atau tidak?......
7. Sumber kewangan (REZEKI amnya) biasanya menjadi satu isu dalam usaha untukmendirikan rumahtangga. Hasil ReAD saya, sumber rezeki Allah mmg sudah sediakan untuk kita. Di mana ada usaha dalam mencari rezeki Allah, bukan hanya berharap, Insyaallah rezeki akan diperolehi. Ghalibnya begitu, anda usaha anda akan dapat hasilnya dengan izin Allah S.W.T. Buktinya saya teringat satu ayat Al-Quran@Hadith, (BOLEH RUJUK SEMULA AYAT YANG PENUH DAN AMKSUDNYA) “ ‘udh uni astajib lakum”.- mintalah pada Allah, nescaya Allah akan kabulkan. Kita minta pada Allah, kita usaha, doa , dan tawakkal, ghalibnya mmg Allah kabulkan apa yang kita mohon padaNya.
8. Persiapan diri untuk bergaul dan bermesra denagn semua orang termasuk dengan keluarga, sanak saudara, kawan2 bakal isteri yang akan dikahwini nanti. Ramai juga yang kurang arif dalam bab ini. Ini sangat2 penting dalam hidup ini, dalam konteks kita sebagai manusia. Hablumminallah wa hablumminannas- Hubungan dnegan Allah dan hubungan sesama manusia.
Sekian perkongsian saya pada kali ini, moga2 ada manfaat buat2 pembaca2 sekalian, sebarang penambahbaikan dan teguran amat dialu2kan. Mohon e-melkan ke bonzerhijau@gmail.com
Jika mahu di kongsikan dengan orang lain, amat dialu2kan tapi sila sertakan alamat blog ini, untuk memudahkan untuk rujukan.Terima Kasih. =8 )
No comments:
Post a Comment