Pantun sentap hati lelaki.
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama di kucing belang,
Belajarlah jadi suami mithali,
Sebelum anak jadi macam hang (kamu).
Pantun ini donat temui di bahagian rumah sahabat semasa donat di Kota Kinabalu, Sabah. Pantun yang simple tapi dalam maknanya.
Persoalan yang ingin dikupas dalam pantun ini adalah tentang macamana pentingnya seorang lelaki untuk belajar dan berusaha untuk menjadi seorang suami mithali. Jika seorang lelaki menjadi seorang suami mithali, anaknya juga akan menjadi lelaki@perempuan yang soleh dan solehah,insyaallah, dan jika seorang suami/lelaki itu adalah sebaliknya anaknya juga akan menjadi yang sama.
Ini bermenepati apa yang dinyatakan dalam Al-Quran.
“ Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (QS 29: 6)
Apa sahaja yang kita buat akan ada kesan dan akibat dari setiap apa yang kita buat@sikap kita. Secara normalnya manusia akan memberi reaksi pada apa yang berlaku pada dirinya dan akan buat@memberi orang lain pengalaman sama dengan apa yang dia alami. Sebagai contoh, andai seseorang lelaki itu, tidak dijaga dengan kasih sayang semasa kecil, selalu dipukul, dimarahi, dan sebagainya. Apabila dia besar, boleh dikatakan 99.999% lelaki apabila dia besar atau menjadi suami , dia akan membuat perkara yang sama pada anak-anaknya sama seperti ayah/bapanya lakukannya padanya dahulu samaada dalam sedar atau tidak sedar. Ada juga yang sedar tentang ini dan cuba memperbaikinya dan tidak mengulangi apa yang negative/tidak baik yang diterima olehnya semasa dia kecil.. Jika dia dididik dengan baik, diberi didikan agama Islam, dan sebagainya maka itu juga yang yang akan diberikan kepada anak-anaknya. Bagi kes yang perempuan juga sama. Itu sebabnya kadang2, untuk mengetahui sifat dan sikap anak-anak bagi seseorang anak perempuan, boleh dilihat pada ibunya, kerana ghalibnya apa yang dibuat oleh ibunya akan diajar pada anaknya.untuk rujukan buleh rujuk Kuliah Ustaz Azhar Idrus- Kuliah Himpunan Muslimat 2011 yang diadakan di Masjid Rusila, Terengganu pada 15hb April 2011.
Dalam kontek ini, didikan/suruhan seorang ayah pada anaknya, amat berkesan sekiranya ayah tersebut membuat atau mengamalkan apa yang disuruh itu. Sebagai contoh, seorang ayah itu menyuruh anaknya supaya solat pada awal waktu lima kali sehari. Jika ayahnya hanya menyuruh anaknya sahaja supaya solat. Anak tersebut ini kerana ayahnya sendiri tidak buat apa yang dikatakan. Inilah yang sangat dicela dalam Islam. Sesuai dengan tuntunan dalam Al-Quran:
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(QS 61: 2-3)
Ini menyebabkan orang lain akan tertolak kerana ayah sebagai contoh pada anak-anak.dan secara fitrah. Anak-anak akan mengikut atau menjadi seperti ayahnya atau ibunya. Sebagai contohnya, andainya seorang ayah itu, seorang ahli perniagaan (businessman), naluri seorang ayah akan menyuruh atau medidik anaknya supaya menjadi sepertinya sama ada dari segi karektor, pekerjaan dan dalam smeua perkara. Kerana bagi seorang ayah, beliau akan rasa bangga (pride), apabila anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya. Maka secara intuisinya, anak-anak akan melihat pada ayahnya dan cuba untuk meniru seperti ayahnya. Maka, kalau ayahnya hanya menyuruh anaknya tapi beliau sendiri tidak melakukannya. Seorang ayah menegur anaknya agar tidak merokok, tapi pada masa yang sama ayahnya adalah perokok, maka di situ imej dan apa yang ayahnya lakukan itu boleh dipertikaikan oleh anak-anaknya. Situasi ini kebanyakkan berlaku pada zaman sekarang terutama pada Ibubapa moden. Subhannallah, mmg berat tugas seorang ayah dan ibu. Itu pentingnya Islamic Education. Ghalibnya apabila ayah seorang samseng, suka pukul orang, maka anaknya juga akan ada sikap@sifat yang sama. Buktinya dalam cerita “ Aku Tidak Bodoh (2010)”. Itu pentinmg juga seorang bakal ibu atau bapa untuk belajr tentang perkahwinan dan cara pengurusan rumah tangga, psikologi kanak2, Ilmu agama Islam terutamanya. Moga2 aku tidak tergolong dalam seperti yang di sebutkan .
Segala sikap atau perangai anak-anak ditentukan oleh diri ayah dan ibu pada anak2 itu. Itu sebanya dalam hidup rumahtangga kena terima dan berubah denagn cepat sesuai dengan keadaan , buangkan ego dan terus berubah agar kesannya kurang pada diri, isteri, anak-anak dan orang di sekitar.
Seorang lelaki ibarat seorang kapten kapal yang sangat mega yang dinamakan kapal KELUARGA. Isteri sebagai pembantu kapal dan anak-anak sebagai anak-anak kapal yang akan membantu bersama agar dapat melayari bahtera KELUARGA ke dalam LAUTAN (Hidup Di Dunia), bekalan makanan kena cukup, ilmu perkapalan kena ada, bimbang-bimbang takut-takut bocor di tengah lautan. Pelampung dan bot-bot iman dan taqwa kena ada wajib ada agar dapat digunakan di saat genting. Bahn Asas Kapal Keluarga hendaklah kukuh, mantap dan jelas arah tuju kapal hendak ke mana dan ada target untuk sampai di sana pada masa bila. Kalau kita tidak tahu sesuatu, tidak salah untuk kita singgah di pulau-pulau yang berpenghuni manusia lain, walaupun, beliau-beliau di sana tidak bekerja sepenuhnya sebagai pelayar@pembaiki kapal. Tetapi mereka tinggal di pulau semestinya da skill dan ilmu perkapaln yang mungkin kita tidak tahu. Maka singgah dan bertanyalah dan minta tunjukkan jalan ke destinasi yang anda sekapal mahu pergi.
Sekian perkongsian donat, buat diri donat dan pembaca sekalian.moga-moga ada manfaat pada semua. sebarang penambahbaikan dan teguran amatlah dialu-alukan. Cuba tgk dan perhatikan disekeliling kita dan apa yang donat nyatakan ini samaada betul atau tidak. Moga2 Allah beri taufiq, hidayah dan nur dalam kita mencari dan belajar ilmu-ilmu yang ada dibumi yang bercabang luas di muka bumi ini dalam mendamba redho Ilahi. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment