Hari ini,tanggal 28hb Jun 2011, Donat singgah di rumah seorang sahabat di Sungai Petani , Kedah. Donat di rekomendasi oleh sahabat ini untuk membaca buku yang bertajuk:
Tajuk Buku: “ Semakin aku berfikir, Allah semakin ada/ Cogito Allah Sum! (Tajuk Edisi Indonesia)
Penulis: Lalu Mohammad Zaenudin
Terbitan: Global Aksara Communication
Tercatit di muka depan Novel Inspirasi bagi pencari Tuhan. Donat ingin membuat ulasan tentang watak dalam buku ini dimana tema umumnya adalah berkisar pada seorang lelaki yang ibubapanya dan keluarga berlatar belakangkan Islam tetapi anaknya yang mendalami dan belajar dalam pemikiran falsafah,logik,rasional dan dalam bahasa mudahnya aliran pemikiran Free-Thinker. Yang tidak menerima wujudnya Tuhan, kerana tiada bukti@tidak nampak macamana Tuhan itu. Satu pemikiran yang mana bagi donat ia sangat merbahaya kerana ia mendatangkan sifat yang buruk pada manusia itu sendiri, yang hanya memakai Rasionaliti sahaja. lagi-lagi pemikiran ini adalah salah satu cabang Atheis (Tidak mempercayai wujudnya Tuhan). Ini s angat-sangat bertentangan dengan islam, dimana dalam islam itu sendiri ungkapan@kesaksian yang pertama adalah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasuluullah” yang bermaksud tidak ada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh (Messenger) Allah S.W.T. Nauzubillah hi minzalik.Islam mengakui wujudnya Allah dan hanya 1 tidak berbilang-bilang. Mohon dijauhkan dari berfikiran seperti ini, sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Esa.
Novel ini membawa hati/ruh pembaca yang menelaah novel ini ke dalam jiwa watak utama yang dipaparkan dalam novel ini, gaya bahasanya yang mudah difahami , setiap bab adalah sedikit dan teknik penceritaannya yang mendalami apa yang dilakonkan dalan novel itu. Kebanyakan teknik yang dipakai adalah teknik monolog dan monolog dalaman dimana watak bercakap@berkata pada diri sendiri dan kata-kata dalam hati yang tidak dapat didengari oleh orang lain. Donat sangat tertarik dengan novel ini tapi sedikit peringatan buat donat dan semua, kita kena jelas fikrah/pemikiran kita kerana dalam novel ini banyak pemikiran yang menggunakan logik semata-mata dan sangat mempedayakan kita kalau kita tidak kukuh@jelas fikrah kita.
Watak-watak yang ada dalam novel ini:
Rayyan- seorang yang berfikiran atheis, rasionalis dalam pemikiran. Yakin bahawa Tuhan itu tidak ada dan berusaha untuk menyebarkannya.menganggap ibadah, solat adalah sia-sia. Mencari kebahagiaan yang hakiki dalam hidup ini, dan menempuhi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha untuk menemui kebahagiaan yang sebenar.
Keluarga Rayyan (Ibu, ayah dan adik-adik Rayyan)- Ambil berat tentang Rayyan
Haikal- kawan rapat Rayyan sepanjang masa bersama Haikal. Bergaduh dengan Rayyyan apabila berlaku cinta 3 segi antara Rayyan Ain Nadia dan Haikal.
Ain Nadia- Pelajar paling popular di kampus , ternampak oleh Rayyan semasa menjadi panelis untuk forum kesedaran dan menjadi rebutan ramai lelaki.
Zaid- Orang yang menceritakan pada Ain Nadia tentang Rayyan semasa Rayyan terlantar di Hospital.
Badrul- Pengerusi forum yang diadakan di kampus, orang bertanggungjawab memperkanalkan Rayyan dengan Ain Nadia. Satu-satunya orang yang mama Ain Nadia percaya dan benarkan untuk berkawan rapat denagn Ain Nadia.
Pak Cik Rahim- Seorang yang emmbawa kereta dan terlanggar Rayyan semasa Rayyan mabuk di jalanan.
Mak cik Nita-Isteri Pak Cik Rahim dan sentiasa bersama Pakcik Rahim dan melawat Hospital tempat Rayyan dirawat.
Putri & Syida- Anak-anak perempuan Pakcik Rahim dan Makcik Nita yang suka bermain2 dengan Rayyan. Sangat lincah dan mudah mesra dengan Rayyan.
Aini- Anak perempuan sulung pakcik Rahim dan Makcik Nita yang telah bertunang dengan Ihsan, Mahasiswa yang belajar di Australia. Rayyan berkenan@minat pada Aini.
Ihsan- Tunang Aini yang baru balik dari Australia.
Pak Haji- Orang yang dihormati di kampung dan seorang yang bijaksana dan sangat-sangat dihormati di kampong.orang bermembimbing Rayyan dalam mengenali Tuhan.
Adi- Salah sorang dari pemuda yang memukul Rayyan yang mabuk masuk masjid
Badri- Mengaku bersalah/bertanggungjawab atas apa yang berlaku
Makcik Fatimah- Isteri Pak Haji
Qhazali- anak Pak Haji dan Makcik Fatimah
Syafiq- kawan sepemikiran rasionalis yang mencabar Rayyan untuk berdebat tentang kewujudan Tuhan.
Ustaz Ilmi- salah seorang yang rayyan bertanya tentang maslah yang dihadapi . memberi nasihat. Jangan buat janji di luar kemampuan kita
Isteri Ustaz Ilmi- seorang yang mesra.
Haji Mustafa/Ayah Rayyan- seorang ilmuwan, sama seperti Rayyan dahulunya suka mencari dan meneroka keesaan dan keagungan ciptaan Tuhan dalam menambhkan lagi keimanan dan ketaqwaan pada tuhan.
* Tidak ada perkara yang sia2 dalam hidup kita, semua ada makna yang tersirat.
* Manusia itu sendiri tidak dapat menanggung tekanan hidup dan masalah sendirian tanpa berharap dan meminta pertolongan daripada Allah S.W.T.
* Manusia hanya mengharapkan pada manusia bukan pada Tuhan tidak akan dapat apa yang diharapkan melainkan dengan izin Allah.
* Setiap detik masa kita manusia akan hadapi masalah dan membuat pilihan dalam setiap detik,perkara atau situasi, manusia dengan kebatasan yang manusia ada, manusia hanya mampu merancang dan melaksanakan sesuatu dengan limitasi yang ada, tapi Allah yang menentukan samaada berjaya atau tidak untuk melaksanakannya.
* Dalam membuat pilihan manusia biasanya akan alami kebuntuan dimana dalam membuat suatu pilihan dalam hidup hatta perkara sekecil-kecil, kalau tidak kerana izin Allah, tidak akan dapat kita mansuia membuat pilihan. Tidak dapat tidak kita mesti taat pada perintah Allah, kerana Allah pemilik diri kita dan seluruh alam semesta dan seisinya. Tidak percaya cubalah uji sendiri……………
*Baliklah kita kembali taat pada Allah S.W.T. walau sejauh manapun kita telah melupakan tidak solat , sujud mencecah dahi, di hadapan Allah. Peringatan buat diri dan semua. ^Belilah buku ini kerana Ia sangat bagus untuk fikiran pendamba cinta Ilahi. Aku cinta padamu Ya Allah……………
Pengeditan terakhir dibuat di rumah sahabatku, Perantau Muda Aie, di Kampung Padang Binjal, Tikam Batu, Sungai Petani , Kedah Darul Aman. Pada jam 3.17pm, 2hb Jun 2011 (Khamis)
-Terima kasih buat sahabatku Aie, ana amat menghargai enta, sepanjang perkenalan kita,ana bersyukur sangat2 kerana Allah kenalkan ana dengan enta. Syukran sahabat. Ukhuwwahfillah Abadan abadaa. Insyallah.
*Kredit pada penulis buku dan publisher buku ini. Donat tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut dalam mempromosikan buku tersebut. Ini hanya perkongsian dan analisi donat selepas membaca buku ini. Sila beli buku ini dan usaha mencari kasih Ilahi.
No comments:
Post a Comment