Tuesday, June 14, 2011

Diari Travel-log kembara johari.

Sebelum balik dari Kota Kinabalu(KK), Sabah di Airport T2 Air Asia, tarikhnya 16hb Mei 2011, bila mana mahu berlepas menaiki Flight dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kuala Lumpur(KL) , pada 7.00pagi hari itu, aku menunggu keseorangan untuk menunggu masa berlepas, ada seorang hamba Allah ini menegurku , aku terkejut macamana beliau tidak kenal dengan beliau, beliau menegurku pada masa itu dengan penuh ramah, aku pun merespon kembali. Ramah gaya tuturnya. Macam biasa aku pun mesra juga. Tup2 sebelum menaiki kapal terbang AirAsia yang dicintai, kami sempat bertukar nombor telefon tatkala beratur untuk masuk ke dalam pesawat..Kami berjanji untuk bertemu selepas menuruni pesawat ini, setibanya di KL. Tapi tiada rezeki aku dan dia xjumpa, aduh2. Janji xtertunai. Sedetik masa berlalu ketika sampai di KL aku meng-teks. Aku teringat yang aku ada urusan di Kedah, Alhamdulillah, Teringat bahawa beliau dari Kedah maka aku pun menge-teks beliau tanyakan beliau di mana, asal dari kawasan mana, beliau bagitau beliau dari Kedah, wah!!!! Kebetulan aku akan ke sana juga, mana tau buleh jumpa nanti.

Balik Kampung ooo…. Ooo…… balik Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kelantan
Balik ke rumahku di Wakaf Bharu, Kelantan. Balik ke rumah dengan hati yang berdebar-debar dan gembira untuk menemui ibubapaku, kakakku dan suami dan anak saudaraku. Membayangkan wajah gembira mereka bila menyambut ketibaanku. Sampai di kampong, aku berada di sana selama 3 hari, kemudian aku meneruskan kembaraku untuk ke Gopeng, Perak.


Kembara Destinasi Pertama ke Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak.


Dengan mengharap redho Ilahi. Aku melangkah dan bas merangkak dengan laju ke destinasi, Alhamdulillah,aku selamat sampai di Medan Gopeng, seperti Traveler yang biasa, aku tercari2 cara pengangkutan ke Kolej Matrikulsi Perak(KMpk), Gopeng, Perak. Hati berdebar-debar kerana aku sampai di Medan Gopeng dalam jam 5 ptg, waktu agak lambat untuk menghambat dan melompat-lompat bas untuk sampai ke KMpk. Tanpa di sangka aku ternampak bas KMpk tersadai di tepi jalan. Aku dengan penuh berharap pada Allah, moga-moga aku dapat sampai di KMpk , sebelum hari malam. Aku menghala ke bas itu dan aku bertanya pada manusiayang ada dalam bas itu, tentang apa yang berlaku. Alhamdulillah, rupa-rupanya bas itu, mmg menghala ke KMpk , bas itu mmg menunggu Ahli JawatanKuasa Orientasi (AJKO) Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) KMpk 2011/2012 untuk dibawa ke KMpk. Aku menghela nafas lega. Hatiku cair bersyukur dan berterima kasih pada Allah S.W.T. Aku sanagt bersyukur Ya Allah, kerana memberikan kemudahan padaku dalam memberi khidmat bakti pada adik-adik yang bakal masuk ke KMpk. Redhoilah segala perbuatanku dan lindungiku dari perkara-perkara maksiat pada-Mu Ya Allah.


Setelah seminggu berada di Perak, aku teringat, aku ada urusan di Kedah, dan seorang yang tidak ku kenali , telah aku jumpa di Lapangan Terbang Antarabangsa AirAsia Kota Kinabalu, (T2). Aku ingin menge-test untuk menghubungi beliau dan memaklumkan bahawa aku akan ke Kedah. Teringat sahaja tentang itu, aku terus menghubungi beliau.

Maka pada tarikh tersebut bila mana tarikh yang aku ada urusan di Kedah, aku pun menghubungi beliau, maka, beliau pun beritahu dan dengan senang hati untuk menjemputku ke rumahnya, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana ada orang sudi menjemputku ke rumahnya walaupun baru kenal sekejap ja di airport, tidak sampai sejam. Maka, sampai pada tarikh aku ada urusan di Kedah, pada hari pertama aku menjejakkan kaki di Sungai Petani Kedah,beliau menjemputku di Stesen Bas Sungai Petani, dan aku sangat terkejut kerana apa yang aku jangkakan untuk membuat aktiviti/urusan di Kedah ini tidak jadi, subhanallah terkesima aku mendapat tahu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di Kedah Darul Aman. Aduh2, agak kecewa kerana dari jauh aku datang, tup2 tidak jadi pula. Aku pasrah dan redha ada hikmahnya Allah uji aku begini. Mendengarkan keadaanku begini, beliau menawarkan untuk singgah dan tinggal di rumah beliau. Subhanallah, aku pelik kerana beliau berani untuk singgahkan atau menjemput aku yang baru sekejap kenal , untuk ke rumahnya. Subhanallah, aku rasa amat menghargai beliau kerana sanggup membenarkan aku untuk singgah ke rumahnya. Jarang orang akan menjemput orang yang tidak dikenali untuk bertandang ke rumahnya,mungkin orang yang tidak dikenali itu, ada niat yang tidak baik dan sebagainya. Tapi beliau lihat aku tidak begitu, aiyo, musykil musykil otakku membebel dan berfikir aku keseorangan. Tahap keyakinan beliau amat tinggi dan beriman utuh pada Allah S.W.T. hanya Allah yang memberi manfaat atau mudarat.


Aku sampai ke rumahnya, sambutannya dan keluarganya terhadap kehadiranku amatlah menghangatkan, dan aku rasa diriku amat dihargai. Aku tinggal disini sementara menanti saat tarikh seterusnya untuk aku meneruskan kembara aku ke tempat lain, aku ingat lagi tanggal 28hb Mei 2011 aku sampai di rumahnya. Suasana amat menyejukkan mata kerana beliau tinggal di kawasan sawah padi , pandangan menghijau seluas mata memandang. Tenang mendamaikan mendengar gelekan liang-liuk padi dan melihat kehijauan sawah padi ciptaan Allah yang mana di sini, KEDAH sememangnya terkenal dengan Negeri Jelapang Padi. Hari makin hari berlari meninggalkan tarikh 28hb mei 2011, aku rasakan sekejap sahaja masa berlalu sedar tidak sedar sudah 7 hari aku barada di sini, beliau membawa aku berjalan2 ke Candi Lembah Bujang, Pantai Merdeka, dan ronda2 keliling kampung beliau. Subhanallah aku mengembara ke tempat yang tidak pernah aku lawati sepanjang hidupku. Terima kasih buat buat beliau kerana membawaku berjalan mengenali tempat2 di Kedah ini. Sepanjang berada di rumah beliau, aku tidak terasa seperti orang asing, kerana layanan beliau dan keluarga beliau amat ramah, aku dapat rasakan seperti aku adalah sebahagian dari keluarga beliau. Subhanallah, aku tertanya2 adakah ini, mahabbah ukhuwwah fillah sesama manusia/hamba Allah? Hatiku berkisar berulang-ulang kali memikirkan apakah ini keindahan ukhuwwah yang saripatinya hanya mengharapkan dan sandaran hanya pada Allah. S.W.T. ?


Jutaan terima kasih dan salam perhargaan dan penghormatan buat sahabatku Saudara Anwari Bin Ahmad Rajli dan Keluarga atas layanan dan segalanya sepanjang 7 hari aku mengembara dan singgah di rumah anda. Aku amatlah menghargai setiap detik masa yang dihabiskan bersama mereka , aku rasakan sesuatu yang tidak dapat di ungkapankan dengan kata-kata, rasa hubungan ukhuwwah aku dan mereka sepanjang aku menumpang di tempat mereka, aku merakamkan setinggi-tinggi perhargaan yang tidak terhingga dan mahabbah hanya kerana Allah atas sepanjang aku tinggal bersama mereka. Hanya Allah S.W.T. dapat membalas jasa baik dan budi kalian. Aku amatlah rasa bertuah kerana dapat kenal dengan beliau dan keluarganya.

Ya Allah , ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa2 beliau sekeluarga dan dosa sekalian umat Islam samaada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, sesungguhnya beliau sekeluarga telah memberi layanan yang terbaik sepanjang aku menjadi tetamu mereka. Ya Allah, Kau kurniakanlah rahmat,mahabbah , kebahagiaan, limpahan rezeki yang meluah-luah , kurniaan kesihatan yang baik dan Kau tempatkanlah mereka di syurga dan Ya Allah layanilah mereka di dunia dan di akhirat seperti mana mereka melayani aku sepanjang aku sebagai tetamu mereka. Aku mohon Ya Allah, kabulkanlah doaku ini, kabulkan doaku ini.
Ya Allah andai kata ini mahabbah dan ukhuwwah hanya kerana-Mu Ya Allah, Engkau kekalkanlah Ya Allah ukhuwwah dan mahabbah ini dan berilah nikmat ini , pada orang lain, sahabat-sahabatku dan seterusnya pada semua manusia . Ya Allah akau bersyukur kerana dapat bertemu dengan beliau dan keluarga beliau. Kekalkanlah hubungan antara kami, sesungguhnya kami hanya berharap dan bergantung segalanya hanya pada-Mu Ya Allah. Perkenankanlah Ya Allah, Amin Amin Ya Robba ‘Ala min.



Persinggahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tanggal 4hb Jun 2011 , jam 1.15pm aku bertolak ke Bukit Mertajam ,,Pulau Pinang untuk menghadiri kenduri di rumah sahabatku, Abg Ashrul, aku gemnbira kerana dapat ke sana awal, he3, dapat berjumpa dan meluangkan masa lebih dengan Abang Ashrul.di situ peluangku untuk menemuramah beliau dan dapatkan infomasi secukupny atentang perkahwinan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tatkala pada malam itu, abang ashrul sekeluarga sibuk-sibukan untuk menguruskan majlis kenduri walimah beliau, aku keseorangan rasa seperti majlis kenduri ini, aku yang punya majlis kenduri, ho3. Berangan saja kau Johari. Di sini aku dapat kenal kedua ibubapa abg ashrul dan saudara mara beliau, serta ahli keluarga Kak Ummu (Zaujah beliau).

Waduh2, aku dapat rasakan suasana persiapan majlis perkahwinan yang meriah dengan kehadiran ahli keluarga seperti aku ni sebahagian dari keluarga mereka. Subhanallah. Alhamdulillah Allah beri aku peluang ini, dan aku amat menghargainya dan insyaallah akan manfaatkan apa yang aku dapat dari beliau dan akan aku gunakan untuk masa depan, insyaallah. Ya Allah berkatilah pasangan suami isteri Abang Ashrul dan Kak Ummu bahagiakanlah mereka, semoga panjang umur mereka, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dimudahkan segala urusan dan semoga cinta fillah antara kedua pasangan ini. Ya Allah, berkatilah pasangan ini, dari dunia hingga ke akhirat, insyaallah. Amin……….


Persinggahan buat kali kedua di Kolej Matrikulasi Perak(KMpk) , Gopeng, Perak Darul Ridzuan.

Apda 5 hb jun 2011., selepas sehari berada di rumah sahabat, aku melancarkan diri untuk ke Perak.Destinasinya adalah Kolej Matrikulasi Perak. Gopeng. Jam 6.15ptg bertolak dari Stesen Bas Butterworth, Pulau Pinang memecut ke Medan Gopeng, Perak. Sesampainya aku di Mendan Gopeng pada jam 9.30 malam. Alhamdulillah aku dijemput oleh sahabatku Faiz Kamarudin dan Hafizuddin. Maka aku dan kami2 membuat persediaan untuk menerima panggilan ke dua untuk ke Kolej Matrikulasi Perak yang kami sayangi. Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) 2011 ini berlangsung hanya sehari sahaja., 6hb Jun 2011. Kami sibuk dengan pembahagian dan pengkhususan masing2 dalam organisasi MPPB KMpk 2011/2012. Alhamdulillah sam,ua berjalan dengan lancar.
Pada keesokan harinya kami ke Hutan Lipur Sungai Salu, untuk merehatkan diri dan ber-rekreasi setelah penat. Tanpa di sangka2 kami terpaksa mendaki bukit dan denai2 untuk sampai ke kawasan air terjun Sungai Salu yang subgguh mencabar. Mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sesampainya kami di atas kaki bukit, kami mandi-manda , tidak lama kemudian dalam jam 4ptg hujan turun dengan lebat dan kami terpaksa beredar dari kawasan air terjun tersebut dan turun dari kawasan itu. Walupun hanya sekejap, ia menjadi memori kami bersama2 setelah penat lelah, dapat bersama-sama ber-rekreasi. Lhamdulilla. Aku bersyukur pada –Mu atas segala kurniaaan terutama orang-orang disekelilingku yang memahami dan sentiasa bersama-samaku walau senang mahupun susah. Engkau berkatilah ukhuwwah yang terjalin antara kami dan panjangkanlah umur kami agar dapat berjumpa lagi pada masa hadapan dengan izin-Mu Ya Allah . Amin.


“Bujo mung keno balik kampung!!!!!!!!!! “

Sahabatku di kampung menge-teks pada ku ng balik cepat . Mung keno bui ceramah motivasi ko adik-adik skoloh kebangsaan (SK ) Kutan. Kelam kabut aku dibuatnya. Dengan mengharap redho Ilahi dan bersangka baik pada Allah S.W.T. aku mengejar2 untuk ke Stesen Bas Medan Gopeng pada jam 9.20pagi. sahabatku menhantarku ke sana. Tepat-tepat jam 10pagi, aku sampai di sana dan terus aku ke kaunter aku bertanya tentang ada lagi tiket untuk ke Kota Bharu, Kelantan? Akak bertudung oren beritahu sudah habis. Subhanallah. Terkesima aku. Adik-adik menunggu ku di kampung. Kemudian, aku pergi ek kaunter-kaunter tgk Alhamdulillah ada lagi bas ke Kota Bharu, Kelantan. Pada jam 10.15pagi. maka aku berlari-lari berkejaran untuk ke bas dengan bantuan sahabatku, semuanya dengan izin Allah S.W.T. . Alhamdulillah aku berjaya naik bas dengan selamat. Terima kasih buat sahabat-sahabatku atas segalanya. Alhamdulillah aku sampai di rumah pada jam 7 malam. Malam itu juga aku menge-teks sahabatku di kampung memberutahui bhawa aku telah samapi. Alhamdulilah pagi esoknya program Majlis Penutup Tuisyen Rakyat 2011. Alhamdulillah smeuanya berjalan lancar. Aku bersyukur Ya Allah kerana telah memudahkan segala urusanku. Jagailah aku dari sebarang musibah dan maksiat , seseungguhnya aku amat mengharap dan bergantung hanya pada-Mu.
Moga-moga ada manfaat travel-log kembara saya ini pada pembaca sekalian.Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment