Tuesday, February 15, 2011

saya nak jadi macam Superman

Pagi tadi, saya nyaris merempuh sebuah kereta ketika hendak memasuki jalan utama. Pemandunya membunyikan hon marah. Saya pun membalas suara hon kenderaannya dengan mengajuk bunyinya. Kami saling bertukar-tukar cebikan. Saya mengagak, dia memarahi saya kerana hendak memotong laluannya. Saya pula memarahinya kerana terkejut.

Kemalangan itu hampir terjadi kerana dia tidak memasang lampu keretanya. Waktu itu sudah 7.00 pagi, tetapi keadaan masih gelap. Walaupun saya boleh nampak jalan raya tanpa memasang lampu, saya masih menyalakannya kerana mahu pemandu lain nampak akan kehadiran kereta saya. Orang lain kesemuanya memasang lampu kecuali kereta itu.
Pemandunya berfikiran, lampu kenderaan hanyalah untuk menyuluh jalannya. Oleh kerana dia sudah nampak jalan, maka dia mula memadam lampu. Dia tidak sedar kalau dia masih memasang lampu, dia membantu orang lain melihat akan kehadiran kenderaannya. Justeru, kemalangan boleh dielakkan.

Bagaimana pun, itu hanyalah pendapat saya. Mungkin dia memadam lampu kerana sudah tidak memerlukannya. Saya pula masih memasang lampu kerana mahu orang lain nampak dan mengelak dari melanggar kereta saya. Masing-masing ada rasional yang tersendiri.

Namun, oleh kerana mahu orang lain berfikiran seperti kita, maka kita marah bila ia tidak berlaku. Padahal, kita tidak boleh marah jika orang lain tidak ikut apa yang kita inginkan kerana mereka tidak boleh menjadi kita. Biasanya, perselisihan faham beginilah yang seringkali terjadi di antara suami-isteri, ibu-bapa, atau di kalangan mereka yang sama setempat kerja.


Si isteri minta suami bangun pagi untuk menemankannya ke pasar. Baginya, barang basah lebih segar dan pilihan lebih banyak bila pergi awal. Si suami pula tidak mahu bangun cepat kerana pada pendapatnya, lagi sedikit pilihan, lagi cepat isterinya selesai membeli belah. Ia menjimatkan masa. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai pandangan masing-masing dan mahukan yang seorang lagi akur dengan caranya, maka akhirnya mereka bermasam muka.

Si ayah yang dahulunya mengambil peperiksaan STPM hingga 5 kali untuk memasuki universiti akan berasakan ketekunannya belajar siang dan malam selama bertahun-tahun adalah cara terbaik untuk layak masuk ke universiti. Kerana itu, si anak juga dipaksa belajar mengikut cara lamanya; siang dan malam, tanpa TV, muzik dan tanpa internet. Sedangkan bagi si anak, TV, muzik dan internet adalah santapan minda ketika belajar. Mana mungkin si anak mendengar nasihat si ayah kerana dia sudah terdedah dengan pelbagai bentuk kerehatan sejak kecil lagi?

Di tempat kerja, cara seseorang itu beribadah juga boleh menimbulkan tanggapan yang negatif bagi orang lain. Jika si A yang dapat melakukan banyak solat sunat, dia tidak boleh berasakan yang rakannya si B yang tidak langsung melakukan solat sunat sebagai orang yang kurang beribadah daripadanya. Mungkin bagi B, dia memilih untuk banyak bersedekah tanpa pengetahuan si A. Sudah tentu si B buat-buat tak dengar bila si A menyarankan agar dia memperbanyakkan solat sunat.

Soalnya, mengapakah kita mahu orang lain jadi seperti kita? Mungkin sekali kerana cara yang kita temui itu telah menghasilkan yang terbaik dan paling berjaya, kita beranggapan bahawa cara itu juga paling bagus untuk semua orang. Dalam keghairahan agar orang lain menuruti formula kejayaan diri, kita memaksa orang lain turut mengikutinya. Akhirnya, apabila orang lain tidak mahu peduli, kita pula yang marah. Sedangkan marah kita itu tidak berasas kerana dia bukan kita.

Ada juga di antara kita yang menggunakan kedudukan sebagai ketua atau yang lebih berkelayakan untuk memaksa orang lain mengikuti cara kita. Tidak dinafikan, cara paksaan boleh menghasilkan kejayaan. Tetapi, mereka yang mematuhinya mungkin hanya akur kerana minda dan hati mereka terpasung. Apabila kita tiada, maka masing-masing akan ikut cara sendiri-sendiri. Ini terjadi tidak kira di dalam negara, organisasi mahupun institusi keluarga.

Justeru itu, untuk apakah kita mahu orang lain menjadi seperti kita? Bukankah manusia itu diwujudkan dengan pelbagai perbezaannya? Alangkah bosannya kita jika kita semua berfikiran dan bertindak serupa. Kita bukannya robot. Sebaliknya kita adalah manusia yang punyai hati dan perasaan. Raikanlah perbezaan meskipun dalam pergeseran.

Source: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1681-meraikan-perbezaan-orang-lain-tidak-boleh-jadi-seperti-saya.html

Wednesday, February 9, 2011

Pengalaman Donat Sesat di Taman Pertanian Sabah

Donat mengembara lagi , kali mini donat berkesempatan untuk mengikut program Rehlah di Taman Pertanian Sabah,Tenom yang dianjurkan oleh Kelab Nur E Man , kolej E. Donat rasa sangat bertuah kerana dapat bersama2 mengikuti program ini yang diadakan pada 2hb feb 2011 - 3hb feb 2011. Banyak sangat pengalaman yang donat dapat sepanjang program ini diadakan dan donat percaya sahabat2 peserta pun memperolehi banyak pengalaman dan pengajaran yang baru, terutama bagi yang tidak pernah melawat ke Taman Pertanian Sabah,Tenom yang kira2 mengambil masa selama 4 jam dari Bandar Kota Kinabalu. 4 jam membonceng bas merupakan pengalaman yang donat amat sukainya kerana dapat donat memerhatikan keindahan ciptaan Allah S.W.T. dan menikmati serta menghayati keagungan kekuasaan Allah S.W.T.


Subhanallah pengalaman yang sangat donat tidak akan dilupakan kerana donat dan sahabat2 dapat bermalam ni dalam taman itu. Woish! Best. Mula2 kami diberitahu oleh abang kakitangan Taman pertanian Sabah tentang peraturan sepanjang berada di situ dan yang paling seronok adalah kami dapat memakan dan menikmati segala buah-buahan yang ada di salam taman tersebut. Syok sangat. Ho3.

Donat ingin berkongsi pengalaman dan apa yang donat dapat sepanjang menjalani program ini.
Donat ingin bahagikan kepada beberapa bahagian yang ingin donat kongsikan:
Pencapaian target dan Objektif Program-
1. Pada pandangan donat terdapat banayak objektif dan tujuan program ini di adakan.Antaranya.
a. Merapatkan dan memperkasakan ukhuwwah antara ahli Kelab Nur E Man terutamanya dan anatara peserta am nya.
b. Membentuk semangatg kerjasama antara peserta program ini .
c. Mendedahkan para peserta denagn alam sekitar dan keindahan ciptaan Allah S.W.T.
d. Menerapkan sifat cintakan alam sekitar di kalanagan peserta.
e. Menerapkan survivor skills dan adaptasi peserta dengan keadaan semasa di tempat program ini kerana banyak kekurangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang program ini berlangsung.
f. Memberi kesedaran pada peserta tentang peri penting nya kita sebagai hamba Allah yanjg menumpang di bumi ini agar kita menghargai apa yang telah dikurniakan pada kita terutama nikmat yang paling besar iaitu Islam.
Sepanjang pemerhatian donat Alhamdulillah program ini berjalan lancar walaupun ada banyak cabaran dan ketirisan yang kurang sempurna yang bagi donat ia adalah cabaran yang biasa dihadapi dalam erti kata bagi mendidik jiwa dan diri seorang.




Kerjasama dalam perhubungan antara peserta, di mana donat nampak sangat ketara yang menjadi elemen utama sepanjang program ini berlangsung. Di sini peserta di uji dari segi softskill dalam komunikasi antara peserta , kepatuhan pada pemimpin, penghayatan ciptaan Allah S.W.T. melalui pengamatan alam sekitar di Taman Pertanian Sabah.

Pelbagai gelagat dan ragam peserta yang dapat dilihat semasa program ini. Relevannya diadakan program ini adalah untuk menguatkan hubungan sesama peserta dan menguji bagaimana respon peserta sepanjang program ini. Sebagai contoh, peserta teruji dengan Susana malam, pada hari program bila man kami solat maghrib di atas court bola tampar yang menjadi medan tempur kami dengan nyamuk dan unggas2 rimba. Cabarannya sangat kuat, bayangkan anda solat di tempat lapang, disekeliling anda hutan dan gelap gelita. Subhanallah, keimanan dan kesabran kami terjui dengan kehadiran nyamuk2 yang mengerumuni dan mengepung kami. Mungkin ada yang tahan denagn cobaan tersebut dan mungkin ada yang terganggu dengan keadaan yang sangat mencabar.



Pengajaran yang donat dapat sepanjang program ini ialah paling utama keabdian dan ketaatan kita sebagai hamba Allah yang tidak dapat tidak kita mesti taat pada Allah dan pergantungan kita dengan Allah kena kuat. Anda kita cuai dalam menjaga hubungan dengan Allah, maka pastinya hidup kita akan susah dan tiada keberkatan. Donat beri contoh,

Johari memelihara kucing dan beliau menjaga kucing dengan baik. Sudah menjadi tanggungjawab johari untuk memberi nafkah pada kucing2 peliharaan beliau. Apabila kucing tersebut berkelakuan baik, mendengar kata, menghiburkan hati kita, kita merasa senang dengan kucing tersebut. Kita akan rasa lebih sayangkan kucing itu berbanding kucing2 yang lain. Maka johari akan lebih menyayangi kucing tersebut dan memberikan lebih perhatian pada kucing itu.

Maka, kita manusia apatah lagi, kita Allah yang ciptakan kita, kalu kita xda hubungan dengan Allah xdengar arahan Allah S.W.T. bimbang takut2 Allah akan murka dan hidup kita tidak ada keberkatan. Na’uzubillahi minzalik.Kalu kita xdiredhai Allah ghalibnya manusia itu akan menjadi sesat, hatinya ditutup untuk menampak dan menerima kebenaran, dan sentiasa hidup resah dan gelisah serta serba tidak mencukupi. Terpulang pada Allah, itu urusan Allah. Tapi ingat Allah bagi panduan, nak jadi orang yang diredhai Allah ada diberikan dalam manual manusia, Al-Quran dan Al-Hadith.

Baik atau buruk kita yang pilih, syurga atau neraka kita yang pilih, Allah tunjukkan ciri2 manusia yang akan masuk syurga dan yang akan masuk neraka. Terpulang pada kita untuk memilihnya. Jadi yang manalah kita?
More we do alike heaven dweller-to be, we shall receive the prize which we dreamed of, heaven those Allah promise for Allah’s slaves whom follow Allah yes to do instruction, and avoid and did’nt like by Allah S.W.T. From Allah we come, to Allah we return back. So, get ready and do equipped ourselves as prescribed to ensured we are qualified to accept the rewards in the afterlife. So, readers, let equipped and preparing before meeting Allah. Let bring along and invites (Dakwah) our family, friends, and relatives to submit fully to Allah. Parallel to Al-Quran instruction:

“O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.” (QS At-Tahrim 66: 6)

So, heard already about this, let do it constantly. Takbir!!!!