Tuesday, July 19, 2011

Perempuan ada sifat keanak-anakan percaya atau tidak? Mahu bukti?

Perempuan ada sifat keanak-anakan percaya atau tidak? Mahu bukti?ini antara buktinya.

1. Perempuan apabila berkahwin dan mengandung, ruh anak dimasukkan ke dalam perut ibu, yang mengandung itu di mana si ibu akan rasa tidak selesa, ,mual mahu muntah, Pening kepala, ingin/mengidam makan sesuatu yang kadang-kadang idamkan makan pelik2 kadang2 tidak masuk akal. Di sini, penyerasian dan penyatuan ruh antara ibu dan anak berlaku. Atas asbab ini, perempuan akan ada sifat keanak-anakan . dan ini sebab mengapa perempuan yang menjadi ibu, bukannya lelaki.


2. Perempuan bersifat seperti anak-anakan, ini adalah sebab mengapa kaum Hawa ini , lebih mudah untuk mesra dengan anak-anak@kanak-kanak berbanding denagn kaum Adam. Benar atau tidak anda lihat sendiri.

3. Kaum Hawa, apabila mereka bermain-main dan mengacah menghiburkan anak2@kanak2, terutama dengan gaya dan riak wajah mereka, ia kelihatan comel dan sesuai dengan sifat keibuan yang secara fitrah ada pada kaum Hawa, ini, jika dibandingkan dengan kaum Adam yang cuba menghiburkan anak2, beliau akan kelihatan …… anda sendiri lihat dan letak perkataan yang sesuai.(Donat tidak tahu apa perkataan yang sesuai menjelaskannya).


4. Kaum Hawa juga seperti anak2 mereka suka untuk juga secara fitrah punya sifat suka bercakap dan berkongsi apa yang mereka tahu dan “EXPLORE” (terokai) sesuai dengan sifat masing2, ini sebabnya ibu dan anak mempunyai komunikasi yang lebih berkesan dan hubungan lebih rapat berbanding dengan lelaki@Bapa. Wow!!! Logika!!

5. Kaum hawa juga punyai kecenderungan dan suka pada perkara/barang2 yang cantik, seperti barang berharga, perhiasan dan lain2. Bagi anak2 pula, sama, sukakan juga perkara2 begini dan yang berwarna warni juga berharga, em em.. betul ke????


6. Kaum Hawa dan anak2 punyai persamaan yang sama dan ketara yang antara kedua2nya adalah cara mereka mengekspresikan apa yang dirasai atau cara menyalurkan perasaan mereka melalui cara yang kita tidak dapat difahami dengan mata kasar. Antaranya adalah dengan melalui lukisan, penulisan, penceritaan, sentuhan, mimik muka, perbuatan, dan sebagainya.

7. Disebalik ini, ada juga sedikit perbezaannya, anak2 tidak dapat mengawal (refleks) ekspresi perasaannya sebagai contoh , dimaklum oleh bapanya tentang akan dibawa pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah Lake Town Resort. Anak2 akan melompat kegembiraan. Dalam hal yang sama ,perempuan adakalanya dapat mengawal dan ada juga kadangkala perempuan tidak dapat mengawal perasaannya bilamana mendapat khabar sesuatu yang mengembirakan . sebagainya contoh apabila seorang perempuan itu mengetahui bahawa beliau dilamar untuk menjadi seorang lelaki. Boom bang boom. Cuba perhatikan realitinya….dalam TV pun ada.

8. Perempuan biasanya adalah seorang insan penyabar, tidak mudah menyimpan dendam dan lebih mudah untuk memaafkan/melupakan sesuatu perkara. Ini sama juga dengan anak2, mereka mudah untuk melupakan/tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku dan biasanya kaum Hawa dan anak2 akan melupakan/tidak ingat apa yang berlaku pada hari2 yang lepas, setelah bangun pagi keesokkan paginya melainkan perkara itu diungkit/disebut kembali.


9. Perempuan dan anak2 adalah seperti doh gandum roti yang putih, di mana keadaan sekeliling (suami,ibubapa, kawan2 dan orang di sekitar) yang banyak sangat mudah mempengaruhi dalam membentuk peribadi seorang wanita dan anak2. Dalam konteks wanita (isteri), suami membentuk sifat@perangai dalam menjalani kehidupan. Sama juga dalam konteks anak2, ibubapa adalah pengadun dan penguli doh dan menentukan anak2 akan jadi apa di masa hadapan. Jangan hairan jika perempuan mahupun anak2 jadi baik atau sebaliknya itu bergantung pada PEMBUAT ROTI. Yang mana satukah status kita? Soalan buat diri.


10. Lagi persamaan perempuan dan anak2 adalah mereka mudah terpesona, kagum, suka dan jatuh hati apabila melihat penampilan seseorang terutama seorang lelaki. Ini sifat fitrah yang Allah kurniakan pada mereka, dan ini asbab mengapa Allah jadikan mereka agar menjadi teman hidup di sisi seorang insan bernama lelaki. Amacam? Ada benar?

11. Dan lagi, seorang perempuan dan anak2 adalah seseorang yang ada “link” dengan perasaan merasai perasaan dan hati orang lain. Bagi perempuan inilah kelebihan yang Allah beri pada mereka untuk memahami dan menjadi seorang isteri yang baik kepada suami.dan ibu kepada anak2. Emem, buktinya, pernah lihat situasi ini?

Situasi 1

“ Seorang ibu sedang sedih,menitis air mata kerana mengadapi sesuatu masalah. Tanpa disedari si anak sedang melihat kejadian itu. Dengan tiba2, si anak datang mendekati ibunya dan memeluk/duduk di pangkuan riba si ibu. Si anak bertanyakan ibu apa yang berlaku, ”

Situasi 2

“Pada jam 5.30ptg kelihatan suami balik dari kerja, penat dan letih. Sampainya di rumah, kelihatan si isteri tunggu kepulangan beliau, menyambut dengan senyuman dan layanan mesra. Hilang penat si suami, si isteri penyejuk mata suami, pembantu dan teman setia seorang suami.”

Situasi 3
“Si ibu memerhatikan anaknya muram sahaja setelah pulang dari sekolah. Kelakuan anaknya itu lain , dari yang biasa. Maka si ibu, pun mendekati si anak dan denagn naluri fitrah seorang ibum si ibu bertanyakan pada anaknya, tentang apa yang dibuat hari ini, dan tentang masalah yang dihadapinya? ”

Macamana? Setuju atau tidak dengan apa yang disebut di atas? Jika ya, MOHON RESPON pada saya, di blog ini atau di Facebook saya. Terima kasih . akhir kata.=). Sama2 dengar Kuliah Ustaz Azhar Idrus:


Kata2 saya: “Lebih banyak kita belajar dan ambil tahu, lebih banyak kita tahu dan lebih mudah untuk kita menerimanya dan redho dengan apa yang berlaku dan seterusnya lebih kita mengenali dan mendapat redho Allah S.W.T. ”

Thursday, July 14, 2011

Hari ni keputusan UPU keluar, apa yang mungkin saya dapat? U dan Kos mana?

Dalam pemilihan U, faktor yang diguna dalam memilih student untuk masuk U,
1. Pointer, U mana, kos apa

2. tgk atas U mana dan kos apa yang kosong/available.

3. akan ada satu persidangan meeting smua Naib Canselor@wakil universiti untuk bincang kuota U masing2 brapa yang ada.

4. Universiti yang Top, popular dan meletops akn mula2 buat pemilihan students yang meletops untuk masuk u mereka.

5. tgk atas pasaran kerja@kerjaya pada msa depan , contoh medic, dan yang ada kaitan medic, kena pointer tinggi dan aktif. tapi xdigalakkan ambil medic, kerana sedai maklum kuota medic kan makin dikurangkan , dan yang betul2 berkualitas sahaja yang diambil.


Ni KEBARANGKALIAN ke-MUNGKIN-an untuk dapat Universiti dan Kos untuk UPU.

Kes A: anda minta UPM, Bioteknologi, dapat UPM, Bioteknologi (Kos SAMA, universiti SAMA)

Kes B: anda minta UPM, Bioteknologi (contoh), tapi dapat di UKM, Bioteknologi, juga.(Kos SAMA, Universiti LAIN)

Kes C: anda minta UPM, Psikologi, tapi bila keluar result, anda dapat kos Psikologi juga TAPI di UMS. (Universiti LAIN , Kos SAMA)

Kes D: anda minta UPM kos Bioteknologi, tapi dapat UnisZA, kos Perikanan(Contohnya) (Universiti LAIN dan kos LAIN)

Semoga kalian dapat yang terbaik dalam keputusan hari ini. insyallah. Amin. apa2 pun keputusannya esok, Terimalah seadanya.





Leave a comment. Terima Kasih. =)

Tuesday, July 12, 2011

Alasan seorang wanita, ngade2 betul, Nyampah!!!

. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.Jom tgk apa reaksi wanita tentang aurat:

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

Ustaz Azhar Idrus- Aurat Perempuan Muslim


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....Macamana dengan anda, wahai wanita Islam?

Kredit- solihinzubir.com

Tuesday, July 5, 2011

Soal Rezeki, Al-Quran jawab,,.....

Assalamu’alaikum. Dan selamat sejahtera, persoalan rezeki, manusia ramai juga yang kecundang tidak yakin dengan nikmat pemberian rezeki yang Allah S.W.T. da nada juga yang tidak kuat keimanan dan ketaqwaaan. Ada juga manusia yang kufur nikmat dan terlalu bimbangkan dalam soal rezeki, takut2 tidak cukup makan,rezeki untuk hidup? Hinggakan mencari rezeki hinggakan leka dari ingat Allah , Yang Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki.
Rezeki dalam kontek pemahaman donat adalah segala nikmat yang seseorang manusia terima dari saat dilahirkan ke alam dunia ini hingga saat penghujung seseorang menghembuskan nafas buat kali terakhir, sebelum menghadap Ilahi. Antara rezeki yang seseorang manusia dapat:
1. Nikmat Islam yang Allah berikan.
2. Rezeki dapat hidup di dunia ini, kerana kita yang hidup antara yang berjaya dan terpilih untuk hidup.
3. Rezeki dalam konteks makanan, minum, harta dan sebgainya.
4. Nikmat anggota tubuh badan yang cukup.
5. Rezeki dalam kontek masa depan dan perkara ghaib. Penjagaan dan kasih sayang Allah dalam kehidupan manusia, hidup senang dalam kesusahan kerana Allah S.W.T. sentiasa manjaga dan memudahkan urusan manusia itu.

Segala persoalan dan jawapan pada semua masalah, pertanyaan, manual tentang manusia dan lain-lain, semuanya ada dalam Al-Quran. Jom check it out…….Apabila kita bertanya dan Al-Quran menjawab.
KENYATAAN TENTANG REZEKI
Siapakah yang memberi rezeki kepada kita?

[QS 10:31] Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki
kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang
kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan
siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati
dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan
siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka
akan menjawab: "Allah". Maka katakanlah: "Mengapa
kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?"

[QS 17:30] Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki
kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya;
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat
akan hamba-hamba-Nya.

[QS 34:36] Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan
menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

[QS 30:37] Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa
sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang
dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan
(rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah)
bagi kaum yang beriman.


RAHSIA KELAPANGAN REZEKI

[QS 24:37] laki-laki yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari
mengingat Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang,
dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada
suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan
menjadi guncang.

[QS 24:38] (Mereka mengerjakan yang demikian itu)
supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan
balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka
kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya
kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa
yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

[QS 34:39] Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di
antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa
yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu
nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah
Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.

[QS 2:261] Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan
tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji.
Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi
Maha Mengetahui.

[QS 42:27] Dan jika Allah melapangkan rezeki kepada
hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas
di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang
dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha
Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha
Melihat.


RAHSIA KESEMPITAN REZEKI

[QS 74:12] Dan Aku jadikan baginya harta benda yang banyak,
[QS 74:13] dan anak-anak yang selalu bersama dia,
[QS 74:14] dan Ku lapangkan baginya (rezeki dan kekuasaan) dengan selapang-lapangnya,
[QS 74:15] kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya.
[74:16] Sekali-kali tidak (akan Aku tambah), karena sesungguhnya dia menentang ayat-ayat Kami (Al Qur'an).
[QS 74:17] Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang memayahkan.
[QS 74:18] Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang ditetapkannya),
[QS 74:19] maka celakalah dia! Bagaimanakah dia menetapkan?,
[QS 74:20] Kemudian celakalah dia! Bagaimanakah dia menetapkan?,
[QS 74:21] Kemudian dia memikirkan,
[QS 74:22] sesudah itu dia bermasam muka dan merengut,
[QS 74:23] kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri,


Jawapan sudah ada maka kita apa lagi, selamat beramal. Ada suda jom kita tahu dan buat apa yang kita ketahui sesungguhnya amat beruntung orang yang tahu dan buat apa yang kita ketahui kerana orang siapa makan banyak, dialah yang kenyang. Selamat tahu dan buat…..