Wednesday, June 13, 2012

Sifat keanak-anakan yang ada pada seorang perempuan, dalam konteks. isteri.


Perempuan apabila memasuki alam perkahwinan.
Setiap lelaki dan perempuan inginkan pasangan yang baik, soleh dan solehah dan juga semestinya adalah seseorang yang memahami diri masing-masing. Maka dengan ini, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang perkara ini. Walaupun ada yang berkata, anda belum berkahwin buat apa bercerita tentang perkara ini. Tidak layak pun untuk bercerita tentang perkara ini.  Ada kawan saya Tanya saya tentang sifat keanak-anakan pada perempuan, ia berkaitan dengan posting saya dalam blog dulu-dulu. Susah lama tidak menulis  dalam blog, mungkin di sini saya berkongsi dan menulis apa yang saya tahu dan ada pengetahuan tentang ini memandangkan sekarang saya ambil kos Psikologi Kaunseling  maka mungkin saya dapat bantu sedikit dengan sedikit pengetahuan dan yang saya dapat memberi gambaran tentang perkara ini. Tentang sifat keanak-anakan yang ada pada perempuan. Allah berikan perbezaan antara lelaki dna perempuan untuk saling melengkapi dan hidup di dunia ini iaitu jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.  Dalam Al-Quran juga ada tuntunan supaya manusia berkahwin yang dalam terjemahannya:
“dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim(ketika menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki 2 . Yang demikian itu agar kamu tidak berbuat zalim. [QS 3 An-nisa’ : 3 ]”
“dan berilah mas kahwin kepada perempuan(mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahinya) sebagai pemberian dan penuh kerelaan. 3 Kemudian, jiak mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada (mas kahwin) itu dengan senang hati, maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati [QS 3 An-Nisa’ : 4]”     
Nota kaki:
2 Islam membenarkan poligami dengan syarat-syarat tertentu . Sebelum ayat ini diturun, poligami  telah ada dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ayat membatasi poligami sehingga empat orang sahaja.
3 kadar mas kahwin ditetapkan atas persetujuan kedua pihak kerana pemberian itu haruslah dilakukan dengan ikhlas.
Antara ayat lain yang perintah kahwin adalah
“Dan kahwinilah orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang yang layak(berkahwin)  daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan . jika mereka miskin, Allah akan beri kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya.Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi maha Mengetahui.1(QS An-Nur 24: 32)
1 Hendaklah lelaki yang belum berkahwin atau wanita-wanita yang tidak bersuami dibnatu, agar mereka dapat berkahwin.
dan

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS Ar-Rum 30:21)
Faktor-faktor yang mempengaruhi keberjayaan sesebuah rumah tangga.
1.    Niat seseorang mendirikan rumahtangga, hanya Allah ynag tahu niat kita dan amka dengan itu kita hendaklah niat dengan niat yang baik dan hanya mengharapkan keredhoan Allah S.W.T.
2.    Diri sendiri seorang suami dan isteri. Interaksi dan penolakan dan penerimaan  dalam perhubungan suami dan isteri dalam memahami perbezaan anatara lelaki dan perempuan , tambahan pula dalam membuat  satu2 keptursan yang terbaik dalam suatu perkara.
3.    Interaksi antara suami,isteri, dan bakal keluarga nanti.bagaimana  Perhubungan yang dibentuk dan cara membuat maintainance dan penambahbaikan denagn keadaan yang relevan dalam konteks masing2. Setiap orang dan keluarga juag punyai keadaan yang berbeza dalam setiap keluarga , maka kepanjangan dalam keberjayaan dalam sesebuah rumahtangga ada juga dipengaruhi oleh perkara ini.
4.    Sejarah keluarga dan apa yang berlaku dalam keluarga sebelah suami dan isteri. Kadang-kadang perkara ini yang menjadi isu yang utama seperti maslah dalam keluarga, perwarisan dll.
5.    Yang pertama sekali, hubungan antara diri suami dan diri isteri dengan Allah S.W.T.  Ibadah, dan lain2. Ini perkara sangkutan pertama yang menjadi tunjang dalam hidup seseorang manusia. Ibarat kita hidup ini bergantung2 ibarat ayunan bandul. Jika seseorang tidak menjaga ibadah dan hubungan dengan Allah maka tali ayunan itu akan terputus.Itu yang utama yang menjadi faktor utama sebelum keberjayaan dalam menempuhi rumahtangga.
6.    Ilmu pengetahuan, contoh ilmu tentang rumahtangga, pendidikan diri dan anak-anak, yang paling penting ilmu tentang agama.kerana itu asas yang paling asas, keran jika tiada ini maka semuanya akan rosak, berlaku banyak masalah dan halanagn yang menimpa dan pasangan suami atau isteri.
7.    Persiapan yang cukup sebelum mendirikan rumahtangga, melayar kehidupan bersama-sama adalah bukannya mudah kena ada persiapan yang cukup. Parameter atau kayu ukur untuk tahap CUKUP BERSEDIA untuk mendirikan rumahtangga adalah abstrak dan tidak ada penentu yang khusus, dan ianya bergantung pada diri masing-masing  dan konteks diri seseorang. Jangan skala CUKUP yang orang lain yang telah berkahwin keran diri anda dan orang lain berbeza.
8.    Pemilihan pasangan , calon isteri dan suami yang realistik bukan  idealistik. Dalam konteks ini adalah Perlu dibincangkan tentang idealistik dan realistik.

9.    Perbezaan antara budaya dan toleransi dalam hidup assimilasi budaya dan perspektif yang berbeza. Ini mungkin berlaku apabila perkahwinan yang tidak sama jantina (itu semestinya), bangsa,agama (kadang2-perkahwinan campur), keturunan, demografi, sosiografi, historigrafi dan lain-lain yang berbeza yang meyebabkan berlakunya perbezaan budaya yang jika tidak difahami dan ia perlu diraikan selagi tidak bersalahan dengan agama dan norma masing-masing. Maka di sini pengetahuan tentang psikologi silang budaya amat penting.



Kehadiran pengikat kasih antara lelaki dan perempuan. Keindahan perkahwinan itu adalah pada sepanjang perjalanan sepanjang perkahwinan itu. Dalam kala mengharungi perjalanan itu, manusia mudah bosan maka Allah kurniakan ikatan yang akan mengutuhkan lagi serta menguatkan ikatan perkahwinan itu dengan dikurniakan cahaya mata(zuriat) yang menjadi mata rantai bagi kasih sayang suami dan isteri.

11. Segala yang menjadi faktor kepada kebahagiaan bagi setiap pasangan yang berkahwin adalah berbeza kerana perbezaan diri dan hidup diri masing-masing. Semuanya bergantung pada diri masing-masing yang mengemudi perjalanan hidup isteri dan suami. Dengan kapasiti yang ada, setiap pasangan akan cuba membuat yang terbaik, dan cuba memberikan komitmen yang maksimum dalam perhubungan. Di situ toleransi dan faham memahami diperlukan untuk megelakkan pertelingkahan.

Allah ciptakan manusia dengan ciptaan paling indah. Diciptakan lelaki dan perempuan untuk jadi teman saling melengkapi antara satu sama lain. Dan sesuai dengan perempuan adalah seorang ibu, maka perempuan ada sifat keanak-anakan. Hikmah disebalik ciptakan sebegini adalah keranan nanti perempuan apabila berkahwin, akan mengandung dan melahirkan anak, dan anak itu akan ada sifat yang sama dengan ibunya, begitu juga dengan ibu, ada sifat anak2 yang tidak dapat di sangkal lagi.
Buktinya boleh dilihat di sekeliling kita. Sesuai dengan perempuan adalah seorang ibu, maka diciptakan begini supaya ibu yang menjaga anak nanti tidak ada masalah untuk bermain dan berurusan dengan anak-anak, ia adalah semulajadi timbul dalam diri seorang perempuan. Kalau tidak percaya boleh lihat antara ibu dan bapa, yang mana lebih penyayang dan lebih dekat dengan anak-anak? Yang lebih sabar dan mengahabiskan masa menjaga dan bersama anak-anak? he3. Lelaki akan kalah.


Sifat2 keanak-anakan perempuan yang sesuai ada pada perempuan yang bakal mendirikan rumah tangga. Ini yang menyebabkan lelaki tertarik pada perempuan dan memaintainakan perhubungan antara suami dan isteri.
1. Manja dan bersifat kebudak-budakan, tetapi jangan terlampau kebudak-budakan terutama di hadapan orang lain.
2. Nada suara dan tingkah laku yang comel.
3. Suka bergaya dan menunjuk2 dengan cara-cara yang sesuai dan relevan.
4. Petah berkata-kata dan pendengar yang baik , dalam konteks menghiburkan suami dan ini membuatkan lelaki rasa di hargai tetapi dengan metode2 yang bersepadanan dengan tempat dan situasi.
5. Mudah merajuk. Ini juga salah satu kelebihan yang perempuan ada yang jika ditangani dengan baik akan mengeratkan lagi hubungan.
6. Suka untuk menarik perhatian dan diberi perhatian.
7. Sangat taat dan setia, terutama pada lelaki.
8. Mudah untuk menaruh kepercayaan dan bersangka baik dengan orang lain. 
9. Tebal dan sabar dalam menerima kesakitan dan masalah yang dihadapi. Biasanya perempuan akan menghadapi masalah yang berulang kali yang sama. Dan isunya juga tentang kesetiaan dan perhubungan antara manusia.
10. Sifat pemalu. Ini juga salah satu daya penarik bagi seorang perempaun. Ini tertakluk pada keadaan diri masing2 kerana masing2 ada pandangan nilai terhadap perkara ini.
11. Sukakan duit dan harta benda. He3. Tentang ini saya nak komentar pun buleh lihat sendiir bagaimana.

Tulisan ini dibuat bukalah untuk mencela atau membuka aib mana-mana pihak. Artikel ini hanya ditulis sebagai sharing dan pengetahuan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan, hasil dariapda ilmu dan apa yang saya dapat lihat dan membuat penelittian dalam hidup ini. Mungkin ada yang akan berhuajah, bukan semua tepat ni , apa yang dituliskan ini. Ya saya bersetuju, bukan semua perkara yang saya tulis di atas tepat semuanya kerana:
1.    Ciptaan Allah, kita hanya manusia dapat terokai sedikit sahaja, banyak lagi yang belum diketahui.
2.    Perbezaan juga dari segi latar belakang diri, keluarga, masyarakat, budaya, etnik, agama dan lain2 juga memainkan peranan dalam membentuk diri dan sifat yang ada pada diri seorang manusia dan suasana persekitaran. 
3.    Kurangnya diri saya tentang pengetahuan dan pengalaman tentang perkara ini memandangkan saya belum berkahwin, tetapi saya cuba kongsi ilmu apa yang saya ada ini untuk melihat mungkin dari sudut pandang yang lain. Mungkin mereka yang melaluinya akan berpandangn lain kerana mereka sedang atau sudah mengalaminya dan faktor2 yang saya sebutkan tadi.
Ambil perkara atau info yang baik sebagai pandangan awal tentang perkara ini, jika ada perkara negatif, janganlah diambil untuk mengurangkan motivasi kita, ini hanya sebagai info untuk langkah awal.Tak kenal maka tak cinta. Moga2 ada manfaat apa yang saya coretkan ini. Jika ada sebarang respon atau komen sila post di blog ini atau di facebook saya. Terima kasih.