Friday, September 28, 2012

Rahsia seorang perempuan Part 1


Kita korek rahsia seorang ibu. Kaitan tingkah laku seorang perempuan dengan haid dan sifat keibuan.
1.       Secara fitrahya Allah jadikan ibu kepada anak2 nya itu adalah seorang perempuan yang sikap dan tingkah lakunya mirip da nada persamaan dengan anak2, mungkin secara sedar atau tidak seorang ibu akan bertingkah laku seperti seorang anak.

2.       Maka jangan peliklah sekiranya seorang perempuan yang bergelar ibu itu berkelakuan pelik dan luar biasa dan sangat vulnerable(terdedah dnegan kesakitan/mudah diserang/tersa perkara yang sangat abstrak bagi insan yang sangat2 dikasihi oleh lelaki, tatkala kehadirannnya dalam hidup ini kadang-kadangnya agak membuatkan dirinya keliru dan jangan ketawa sekiranya seorang perempuan itu tidak mengenali dirinya dan sering mengalami kekeliruan 

3.       Hari ni saya ingin menyingkap kisah seorang perempuan yang bergelar seorang ibu. Satu aspek yang ingin saya fokuskan dahulu adalah kaitan antara karekteristik seorang perempuan yang bergelar ibu.
1.       Terciptanya seorang perempuan itu dengan datangnya haid sebulan sekali himahnya dijadikan seorang perempuan begini adalah tatkala ini adalah latihan buat seorang perempuan bagi menempuh pada masa yang akan datang iaitu dalam seorang ibu. Fokus pada kali ini adalah hikmah dijadikan perempuan itu mengalami kitaran haid. Sesuatu yang misteri bagi seorang perempuan yang lelaki tidak mengalaminya adalah ramai yang tidak tahu apa hikmah dan relevannya seorang perempuan diciptakan sedemikian rupanya.

-          Sekarang masanya untuk kita terokai hikmah dijadikan seorang perempuan mengalami haid.

-          Pertama  sekali melihat kepada fitrah seorang perempuan biasanya seorang perempuan adalah seorang yang lebih mudah untuk bersabar berbanding dengan seorang lelaki.

-          Selain itu, seorang perempuan itu adalah  seorang yang tahan sakit(pain-taker) dan  keanjalanan dalam perasaan yang ada pada dirinya kerana inilah sifat semula jadi seorang perempuan  selalu mengalami masalah hati dan selalu sakit hati tatkala mungkin juga pada masa yang sama .dia juga mungkin mengalami perasaan yang berombak dan bergelora bergantung pada masa dan situasi setempatnya .

-          Seterusnya dijadikan seorang perempuan itu ada masa haid dan mengalaminya adalah kerana seorang perempuan itu akan menjadi seorang ibu pada masa yang akan datang . Maka apabila anak itu dilahirkan tidaklah hairan sekiranya seorang bapa menjauhi anaknya bilamana apabila seorang anak itu membuang air besar, dalam masa yang masih kecil seorang bapa akan rasa jijik dan busuk dan sudah tentu sekali jarang bapa yang akan membasuh dan apatah lagi berkecenderungan menjaga anak. Yang menghairankan seorang ibu dengan selamba ja mencuci dan membersihkan najis dan membersihkan anaknya walaupun mungkin dari kaca mata orang lelaki perkara itu amat kotor dan mereka akan mengelakkan daripada melakukannya

-          Seorang perempuan juga biasanya lebih berdisiplin dan peka berbanding dengan lelaki dengan seorang perempuan itu mengalami haid dalam jangka masa tertentu dan ada metode pembersihan haid seorang perempuan yang membiasakan seseorang perempuan itu dengan kebersihan. Maka dari sini dilihat anak-anak dibersihkan dan dimandikan dengan penuh kasih sayang dan tanpa mengeluh. Itu kelebihan seorang perempuan.  Perempuan lebih mengetahui ttg anak-anak dengan asbab ada persamaan sifat seorang perempuan dengan anak-anak. Subhanallah, wow cantiknya ciptaan Allah S.W.T.  ini juga menjadi salahsatu sebba mengapa anak-anak lebih rapat dengan seorang ibu berbanding dengan bapanya.

-          Perempuan yang bergelar ibu adalah sekandung dan sedarah dengan anak amakan mereka mempunyai sifat dan ciri2 yang sama.

-          Seorang perempuan juga mempunyai kelebihan dalam pengaturan hidupnya yang sangat teratur dan boleh jadi bertaburan.Maka di sini seorang perempuan itu memiliki pemikirannya yang berbeza dengan lelaki. Maka dengan ini tidak hairannlah seorang perempuan itu mempunyai kelebihan untuk memmbuat banyak kerja dalam satu-satu mas yang sama. Iaitu kebolehan multi-tasking.

-          Seorang perempuan juga adalah seorang yang sangat sukar melihat bersepah, dan keadaan di sekelilingnya yang berserabut. Cukuplah yang berserabut itu ada dalam pemikirannya.

-          Atas dasar ini didapati seseorang perempuan amat2lah mudah keliru (confusion) dan susah untuk membuat keputusan. 

-          Juga seorang perempuan itu dibiasakan dengan kesakitan dengan menghadapi tanda2 Premenstrual Syndrome (PMS), dengan tanda2 yang biasanya akan dialami oleh mereka.
1. Sakit dan pening kepala.
2. Perasaan yang bercampur baur, bercelaru, mudah menangis.
3. Perubahan pada tabiat makan (berkecenderung untuk makan banyak/berlebihan, ada juga yang tidak lalu makan.)
4. Fikiran berkecamuk, ada kecenderungan untuk marah dengan tiba2,
5. Perubahan mendadak tingkah laku yang tidak dapat dikawal seperti terlalu beremosi.
6. Suka menyendiri dan ada simptom kemurungan.



Nampak2 jeling2 ini yang saya dapat dan saya rumuskan kecantikan seorang perempuan. hikmah dan segalanya. 

To be continued.............

@Kolej E, UMS