Friday, March 18, 2011

ADAB TUAN RUMAh apabila tetamu berkunjung ke rumah/tempat anda.

1. Apabila kita dikunjungi oleh tetamu,maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.
2. Sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mugkin.Apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup.



3. Tidak perlu mendesak para tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin mereka sudah kenyang atau mempunyai halangan lain.
4. Sekiranya ingin menghidangkan makanan lagi, jangan mengalih bekas makanan yang masih ada,sebaliknya bawalah makanan tambahan itu di dalam bekas yang baru.
5. Pastikan tetamu kita berada dalam keadan yang selesa:contohnya elakkan sentiasa berada di sisi mereka sambil memerhati gelagat mereka makan atau sebagainya.



6. Tunjukkan kepada mereka di mana tandas,supaya mereka tidak berasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.
7. Elakkan daripada keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita,hidangkan apa sahaja yang sedia ada.
8. Setelah menghidangkan makanan,jangan membiar mereka begitu sahaja.
9. Jemput mereka makan sambil kita makan bersama.
10. Beri perhatian kepada mereka untuk memastikan segalanya memuaskan.
11. Apabila tetamu meminta diri untuk pulang,disunatkan mengiringi mereka hingga ke pintu."

No comments:

Post a Comment