Sunday, February 3, 2013

Posting tentang sifat seorang perempuan yang setelah menjadi seorang ibu selepas bersalin.


Posting tentang sifat seorang perempuan yang setelah menjadi seorang ibu selepas bersalin.

1.       Sifatnya akan menjadi hipersensistif dengan apa yang berlaku pada sekeliling terutamanya pada anak2nya (bayi). Contoh yang biasa akan didapati, si ibu akan alert ttg suasana sekeliling, kepanasan, sejuk, dan lain2. Paling biasa yang akan didapati adalah seorang ibu akan marah2,dan rasa annoying apabila ada nyamuk disekitar bayinya dan akan menghalang nyamuk daripada menggigit/hinggap pada anaknya.

2.       Ini menunjukkan betapa tebalnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Hatta sifatnya yang amat teliti dalam memastikan anaknya mendapat keselesaan dan mendapat semua yang terbaik buat anaknya.

3.       Sifat yang lain adalah sifat  pengorbanan yang sangat2 besar. Contoh paling dekat dengan kita adalah dengan melihat ibu kita lakukan pada adik kita ataupun mungkin jiran kita ada seorang ibu. Sanggup berjaga malam hari jika anaknya menangis.dan Psstt.. seorang ibu tidak kenal rasa putus asa dan penat.

4.       Mekanisma hela bela diri seorang ibu dengan orang lain akan shredded(terkikis ) sedikit demi sedikit apabila mempunyai bayi@anak. Dia akan menjadi defensive apabila ia melibatkan anaknya. That’s you’ll know about momma’s lion anger, when it cubs is disturbed.

5.       Perempuan yang mempunyai bayi@anak mempunyai ikatan psikik and keserentakan dalam getaran jiwa. Contohnya si ibu tahu bagaiamana dan bilamana anaknya lapar,bayi itu telah buang air nesar/kecil, bayi itu lapar, bayi itu tidak selesa dan sebagainya. Seorang ibu dapat baca dan kesan secara terus dan merasainya dan terus bertindakbalas berdasarkan keadaan semasa bayinya itu.Ini power seorang ibu dengan anaknya. Ini jga ada kaitan dengan detik hati seorang ibu dengan anaknya. Seriously?

6.       Maka sebab inilah dalam Islam, pekerjaan yang yang paling terbaik dan mulia bagi seorang perempuan adalah sebagai seorang ibu kepada anak2nya. Maka itulah seorang ibu paling terbaik bekerja di rumah. Seorang suami boleh membenarkan isterinya untuk bekerja atau tidak bekerja secara formal, tetapi bekerja menjaga anaknya. Ini adalah pekerjaan yg terbaik, kerana ini tanggungjawab dan tugas yang besar. Ibu bapa yang akan mencorakkan diri seseorang bayi@anak. Em em. Amacam? Careey?

7.       Sifat perempuan selepas melahirkan anak/lepas mempunyai bayi adalah dia akan bersifat lebih regressif, lebih keanak2an, suka bercakap seorang diri (sifat umum seorang perempuan), biasanya bercakap dengan patung/teddy Bear. Di sini si ibu lebih suka untuk bercakap denagn bayi walaupun bayi itu masiah kecil. Inilah kelebihan seorang perempuan. Si ibu akan lebih bersifat galak (happy go lucky), dan mempunyai sedikit humor yang comel apabila dilihat, dan ini cara si ibu berkomunikasi dan bercakap dengan anak. Fenomena ini biasa dilihat dengan ini cara fitrah Allah berikan kepada perempuan untuk menyalurkan perasaan dan pengekspresian dirinya dengan anak. Ini apa yang tidak ada pada lelaki.

8.       Perempuan yang mempunyai anak@bayi amat sensitif dengan suara bayi menangis, dia akan reflex dan bertindakbalas dengan suara bayi itu, dia akan cuba untuk menenteramkan bayi itu, daripada terus menangis. Hatta biarpun dia ibu itu belum makan, mahupun dia sedang penat, dia tidak akan mengakui bahawa dia penat. Di sini adalah penunjuk bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu hinggakan apa yang dialami dirinya tidak menjadi alasan untuk terus berputus asa ataupun untuk berhenti dari menjaga anaknya. Jarang kita dengar ibu mengeluh ttg ini. Si ibu akan mengeluh jika suaminya tidak menyokong atau bersamanya. Bagi si ibu, Sokongan yang diperlukan adalah suami berada di sisinya bersama dan mendengar apa yang diceritakan terutaamnya tentang anak@bayinya. Itu amat2 dihargai dan disukai oleh seorang ibu.

9.       Si ibu akan mula alert dengan cara pemakanannya, kerana bimbang apa yang dimakan, apabila anak@bayi menyusu ibunya. Apa yang diminum bayi akan didapati dari susu ibunya. Pstt…. Kind of funny bila ada la, dengar2 si ibu suka makan menda2 yang berbau seperti petai. Skrg, dia tidak berani untuk makan petai kerana bayinya yang menyusu, semasa membersihkan dan menukar diapers, terdapat bau petai. Hik3. Kind of funny, isn’t?

10.    Seorang ibu biasanya adalah seorang yang penyabar,dan sangat2 suka akan meluangkan masa bersama anaknya, ini adalah sebab mengapa perempuan ada bersifat keanak-anakan seperti yangs aya nyatakan dalam entri posting blog yang saya sebelum ini. Sesuai dengan ini kita lihat biasanya yang rapat dan bersama dengan anak2@bayi adalah si ibu. Ada linking di situ. =). Inilah mengapa perempuan menjadi ibu. 

11.   Perempuan yang mempunyai bayi@anak, lebih mudah untuk di regress. Denagn menggunakan pujian dan ganjaran dengan niat dan cara pelaksanaan yang betul dapat membantu menyokong si ibu. Di sinilah si suami berperanan, dalam membantu.

12.   Seorang perempuan mempunyai kuasa. He3. Macam tidak percaya bukan, inilah sebenarnya. Seorang ibu itu mempunyai daya intuisi yang kuat terutamanya dengan anaknya@bayinya. Di mana seorang ibu itu dapat tahu apa yang anaknya rasakan dan dapat baca tingkahlaku anaknya, hatta dari bunyi bayi itu menangis, ibu bayi itu dapat tahu dan dapat bezakan antara  tanda2 bayi itu sedang lapar, baru saja buang air besar, kepanasan, bosan, Wow! Memang wow-wy dan seorang ibu itu dapat tahu dan teka dengan betul dengan intuisinya.

13.   Seorang ibu itu menjadi seorang pelawak dan penghibur bagi bayi@anak2nya. Ibu itu suka dan suka untuk meng-“agoh” bayinya. Donat tidak pasti apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan perkataan ini. Perkataan ini adalah dari dialek Kelantan yang lebih kurang maksudnya perlakuan seseorang yang menggalak dan mengacah serta melayan anak2 dengan mimik, dan ekspresi muka, bahasa gerak tubuh dan secara verbal, terutamanya bayi dengan tujuan bermain2 dan membuatkan bayi itu tersenyum mahupun ketawa dgn gembira. Dengan kata lain berdasarkan konteks ibu dan anak adalah tindaktanduk dan perlakuan seorang ibu yang meng-“agoh” anaknya supaya anaknya selalu gembira dan gembira. Apabila si ibu melakukan perbuatan “meng-agoh” ini,si ibu kelihatan comel dan sesuai dengan perwatakan dan sifat seorang perempuan yang keanak2an. Hik3 ada juga si ayah turut “meng-agoh” dan di sini akan terlihat ke-comelan ekspresi muka si ayah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
14.               

No comments:

Post a Comment