Wednesday, January 26, 2011

Aku dikelilingi manusia pelik dan beliau adalah kawan2 ku?

Banyak perbezaan antara setiap unit manusia di dunia ini. Masing2 dengan kriteria yang tersendiri, yang membuatkan kita berbeza dari segala aspek. Ini disebabkan oleh banyak faktor perbezaan dari segi:

1. Keadaan fizikal,
2. Biologi fizikal
3. Cara dibesarkan dan dididik antara
4. Keadaan semasa dari kecil hingga dewasa
5. Biologi hidup
6. Karektor yang semula jadi
7. Nama yang diberikan
8. Jantina
9. Dan lain2nya (banyak untuk donat sebutkan di sini)



Akibat dari perbezaan ini, apabila kita akan berasa tidak selesa, pelik, aneh, lain macam rasanya apabila kita bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain. Jadi, untuk atsi perkara ini, kita kena tahu tentang kepelbagaian jenis manusia dan variasi sikap manusia agar kita dapat bertolak ansur dan bertolerasi dalam menerima dan meredhai keadaan kawan2, saudara, ahli keluarga, sahabat2 anda yang ada disekeliling selagi ia tidak bertentangan denagn Al-Quran dan Sunnah serta tidak melampaui norma-norma manusia. Bila kita, dapat memahami perkara ini hubungan sesama manusia tidak akan berlaku masalah dalam hubungan , dan paling kurang pun, masaah akan berlaku pada tahap minima dan masalah hati seperti salah faham,narah,dengki dan lain2 dapat dikurangkan.

Sikap manusia yang paling ketara adalah setiap manusia suka menghukum berdasarkan apa yang dilihat, didengari, dirasai, berdasarkan apa yang ada disekeliling. Ini sebanya Islam memberi penjagaan dalam perakra ini. Sebagai contoh, dalam bab, pergaulan, tentang isu per-kapelan, antara lelaki dan wanita. Sudah menjadi lumrah manusia diciptakan berpasang-pasangan dan naluri + aura untuk rasa tertarik antara satu sama kain di ibaratkan magnet. Islam mengharuskan berkapel tapi selepas kahwin. Apabila berkahwin, dapat melunaskan fitrah manusia dengan cara yang betul. Banyak hikmahnya apabila berkahwin. Jom kaji dan selamat beramal!



Seterusnya, perbezaan antara lelaki dan perempuan yang banyak menjadi isu yang mengeromboli masalah yang datang menghempap antara lelaki dan perempuan. Sedikit perkongsian yang mungkin dapat jadi rujukan buat pembaca2 sekalian adalah buku karangan JOHN GRAY, tajuknya MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS. Bukunya sangat berinfomasi dan gratis buat tatapan bacaan semua dalam mengenali manusia dan memahami antara satu sama lain.

Terimalah seseorang walau siapa pun beliau, asalkan beliau miliki sifat2 dan sikap yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta norma-norma manusia.


Sebarang respon atau maklum balas sila emelkan ke bonzerhijau@gmail.com

2 comments:

  1. salam dear...
    jo, ni kak zura, akak mila...

    akak follow jo yer...
    senang2 jemput singgah blog akak plak yer=))

    ReplyDelete
  2. hai...salam bah...info yang terbaik

    ReplyDelete