Thursday, January 27, 2011

Cara menambat hati awek2 dan pakwe2 dan manusia2

Donat ingin berkongsi dengan para pembaca tentang cara membentuk hubungan akrab dengan seseorang.

Alhamdulillah donat dah cuba, lama juga masa yang di ambil untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang2 di sekeliling kita. Berjaya juga. Dulu donat pernah baca, donat lupa sudah dari mana sumber donat baca itu.tentang cara untuk m,mebentuk hubungan akrab antara seorang manusia dan seorang manusia yang lain.




Perkara2 sebegini yang biasanya ramai orang terlepas pandang, atau mungkin tidak perasan atas aspek2 yang mmg kerap kita hadapi dan alami yang secara langsung atau tidak langsung dalam mempereratkan lagi hubungan antara manusia dan manusia yang lain.Moga2 ada manfaat atas perkongsian ini.




Terdapat 4 perkara pokok yang dapat membentuk dan mengeratkan hubungan sesama manusia.
1. Dalam aspek kebersamaan dalam akidah Islamiah.
2. Kebersamaan dalam aspek kehidupan
3. Kebersamaan dalam naluri manusia.
4. Persamaan ruh atau aura minda pemikiran yang serasi.




Tentang bahagian pertama iaitu tentang persamaan dalam aspek akidah Islamiah.antara perkara yang mesti dilakukan dalam melaksanakan target kita untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan sesam manusia adalah seperti berikut.

a. Amalkan sentiasa solat berjemaah bersama2 di surau, masjid dan di mana2 yang dapat dilaksanakan.

b. Sekerap mungkin bersama kawan2 anda untuk bersama2 menghadiri bersama2 bertadarus, mengikuti majlis ilmu, mendengar kuliah maghrib dan ceramah,mengaji kitab,melaksanakan bersama program2 dan seangkatan dengannya.

c. Anda, Jadilah imam semasa solat atau kawan anda sebagai imam semasa solat berjemaah. Banyak hikmahnya. Jom cari dan sila respon pada emel jo.





Bahagian kedua dalam kebersamaan dalam aspek kehidupan.
a. Berkenalan dengan kawan2 anda seperti ahli keluarga anda sendiri dengan cara berhikmah.

b. Sentiasa ajak atau pelawa kawan anda makan bersama walaupun, apa yang kita ada adalah sedikit.sharing is showing caring. Di sebalik ini, hikmahnya apabila kita berkongsi makanan@minuman dengan orang lain,adalah kita menghargai orang lain dengan berkongsi apa yang kita ada(makan dan minum), dengan batas2 yang tertentu.

c. Kalau boleh, cubalah bertandang atau melawat kawan2 anda di rumah mereka.anda punyai kelebihan lagi, jika anda dapat makan bersama2 keluarga mereka, dan minta untuk pakai bilik air mereka dan kalau tidak membebankan mereka bermalamlah di sana. Ini untuk membuatkan anda seperti keluarga mereka sendiri.

d. Jadilah mesra dan buat mereka mesra dan selesa bila bersama anda. Belajarlah psikologi manusia supaya anda lebih memahami dan tahu tentang psikologi manusia, untuk manfaat diri anda juga dan sebagai panduan untuk berinteraksi dengan orang lain.





Ketiga dari segi naluri manusia, kebersamaan dalam keperluan naluri diri kita dengan orang lain seperti hobi yang sama, keperluan fizikal,biologi, chemically,rohani , minat dan sebagainya. Mempunyai persamaan dalam aspek ini dapat menguatkan lagi ikatan hubungan antara kau dan aku. Cewahh! Antara kita sesama manusia.





Bahagian ke-empat sekali apabila semua kita telah buat dan amalkan secara istiqamah(berterusan) pastinya yang keempat ini telah terlaksanakan dengan sendirinya.





Jangan lupa buat maintainance diri, hbungan dengn orang lain.dan yang paling penting sekali Jagalah hubungan dengn Allah.,insyaallah semua akan berjalan lancar

Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment